Teknologi
10 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Guna Touch ‘n Go RFID
10 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Guna Touch ‘n Go RFID
Radio Frequency Identification (RFID) adalah sebuah teknologi yang digunakan khusus untuk pembayaran tol secara elektronik. Sebenarnya, ia bukanlah teknologi baru yang diperkenalkan di dunia ini kerana kemudahan seperti ini telah diguna pakai dalam pelbagai industri seperti pengeluaran untuk menguruskan barang dan inventori, serta pengenalan data dalam dokumen perjalanan seperti pasport, dan bagasi yang diuruskan oleh syarikat penerbangan.
Penggunaannya boleh diibaratkan seperti anda scan barang di pasaraya kemudian sambung perjalanan. Artikel pada kali ini, akan berkongsi tentang 10 perkara penting perlu anda ketahui sebelum menggunakan RFID pada kenderaan.
Kelebihan RFID dalam mengelakkan kesesakan di plaza tol
- Boleh membuat tambah nilai di mana-mana sahaja dengan Touch ‘n Go eWallet
- Tiada alat atau bateri yang digunakan
- Proses tambah nilai akan berlaku secara automatik untuk mengelakkan baki kurang
- Mengelakkan kenderaan anda dari beratur panjang, dan secara tidak lansung melancarkan lagi perjalanan
Apa yang perlu anda tahu sebelum guna RFID di kenderaan?
Apabila diumumkan yang RFID mula dilaksanakan bagi semua plaza tol, mulalah kita kelam-kabut mencari tahu bagaimana untuk membeli, dan mengaktifkan sistem ini di kenderaan kita. Nanti dulu, jangan terburu-buru. Baca informasi ini sehingga habis untuk lebih faham.
1. Maksimum 10 tag RFID boleh dipautkan ke dalam satu akaun TnG eWallet
Memang kita hanya boleh guna 1 tag TnG RFID bagi 1 kereta sahaja. Namun begitu, kita dibenarkan untuk mendaftar, dan mengaktifkan maksimum 10 tag TnG RFID bagi 1 akaun Touch ‘n Go eWallet. Bukankah ini akan memudahkan urusan anda dalam mengawalnya, dan ketika dalam proses tambah nilai?
2. Bayaran tol akan automatik ditolak dari baki wang dalam TnG eWallet
Setiap bayaran tol bagi kenderaan yang menggunakan RFID ketika melalui plaza tol, secara automatiknya akan ditolak dari baki wang dalam TnG eWallet. Hanya pastikan baki anda dalam akaun TnG itu mencukupi untuk elakkan masa terbuang dengan sia-sia di atas lebuhraya.
Untuk menambah baki eWallet amatlah mudah sekali kerana ia boleh dilakukan dengan transaksi tambah nilai melalui perbankan internet (FPX), kad kredit/kredit, dan pin tambah nilai eWallet.
3. Zero cas tambahan bagi setiap tambah nilai
Lebih canggih sesuatu sistem itu, bukan bermakna semakin banyak wang yang perlu anda laburkan. Sebagai pengguna TnG RFID, anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan pemanduan yang selesa di atas lebuhraya. Tanpa cas tambahan bagi setiap tambah nilai dalam akaun TnG eWallet, sudah cukup untuk merasai pengalaman pemanduan yang lancar tanpa kesesakan lalu lintas.
4. Tag TnG RFID tidak boleh berpindah milik
Tag TnG RFID tidak boleh dipindah milik sama sekali. Setiap tag mempunyai nombor siri khusus bagi setiap kenderaan, dan pelanggan yang berdaftar. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tag TnG RFID tersebut, atau mahu menjual kereta itu, maka anda perlu untuk menghapuskan tag yang digunakan tadi dengan menghubungi Touch ‘n Go Careline.
5. Ada aplikasi, dan akaun TnG eWallet
Hanya muat turun aplikasi TnG eWallet secara percuma di Google Playstore atau Apps Store, anda sudah boleh mengaktifkan, dan menggunakan sistem RFID ini dengan mudah.
6. Pastikan nombor plat kenderaan mematuhi spesifikasi JPJ
Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, penggunaan teknologi RFID pada nombor plat, dan pelekat cukai jalan (roadtax) ini boleh membantu mencegah, dan mengesan aktiviti jenayah. Namun begitu, ia juga boleh menjadi masalah kepada pemandu yang mempunyai nombor plat kenderaan tanpa mematuhi spesifikasi JPJ seperti “fancy” atau kabur. Berkemungkinan besar sistem RFID tidak boleh mengesan kenderaan tersebut.
7. Sasaran kerajaan untuk melaksanakan MLFF
Malaysia sedang bergerak ke arah lebuhraya tanpa palang. Negara kira sendiri merancang untuk melaksanakan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Berbilang Laluan (MLFF) pada tahun 2026 nanti. Ini bermakna, perlaksanaan RFID adalah langkah pertama dalam menjayakan usaha tersebut.
8. Pengecaman nombor pendaftaran automatik di semua laluan
Selain MLFF, Malaysia juga mengaktifkan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) bertujuan untuk menjadi medium kedua dalam pengesahan. Dengan penggunaan kamera beresolusi tinggi, di tambah kecerdasan buatan (AI), ini membolehkan pihak PLUS untuk menangkap gambar kenderaan termasuk nombor pendaftarannya dengan lebih jelas lagi.
9. Banyak cara pembayaran RFID
Pembayaran RFID akan automatik ditolak dari akaun TnG eWallet anda. Untuk menambah baki eWallet amatlah mudah sekali kerana ia boleh dilakukan dengan transaksi tambah nilai melalui perbankan internet (FPX), kad kredit/kredit, dan pin tambah nilai eWallet.
Bahkan, pada masa akan datang lebih banyak lagi sistem pembayaran yang akan diperkenalkan untuk kemudahan yang lebih efektif.
10. Bagaimana untuk dapatkan RFID?
RFID ada di jual pada harga RM 35 sebuah, di Shopee, Lazada, aplikasi eWallet pada telefon, dan mana-mana pusat Touch ‘n Go. Dari segi pemasangan pula, lekatkan sahaja tag RFID tersebut di kereta anda. Pastikan kawasan yang dilekatkan itu boleh dikesan oleh inframerah RFID semasa di plaza tol.
Jika anda ragu-ragu dari segi pemasanga, jangan risau klik sahaja pada pautan ini pusat pemasangan RFID (Fitment Centre). Mereka akan bertanggungjawab dalam proses pemasangan tag RFID di kereta anda nanti.
Teknologi mematangkan manusia untuk berfikir dengan lebih rasional dalam menentukan pilihan. Ambillah peluang ini untuk kegunaan jangka masa panjang anda dengan lebih baik.
Sumber: Plus
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah