Teknologi
4 Tips Bagaimana Menetapkan Semula Kata Laluan Gmail Tanpa Email & Nombor Telefon
4 Tips Bagaimana Menetapkan Semula Kata Laluan Gmail Tanpa Email & Nombor Telefon
Terlalu banyak buat akaun emel baru merupakan salah satu faktor yang cenderung menjadikan kita lupa kata laluan yang telah ditetapkan. Tidak kiralah jenis emel apa yang digunakan, sama ada emel berbayar atau percuma, masalahnya masih tetap sama juga.
Artikel pada kali ini,kami ingin berkongsi kepada anda tentang bagaimana cara untuk menetapkan semula kata laluan Gmail tanpa alamat email atau nombor telefon.
Kegunaan Gmail di Malaysia
Seirinya kemajuan, dan perkembangan yang pesat dalam sesebuah industri, ia juga haruslah dibantu dengan kecekapan dalam pengurusan dalaman mahupun luaran. Cukup mudah untuk berkomunikasi pada hari ini, segalanya mudah di hujung jari.
Kemajuan teknologi komunikasi, dan perhubungan telah membolehkan organisasi berhubung dengan pelanggan, pengurusan, dan pekerja secara lebih pantas, dan efisien. Di tambah, capaian internet yang berkelajuan tinggi, semuanya makin menguatkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang ingin bergerak maju tanpa sempadan.
Fungsi email boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti:
- Sebagai alat komunikasi
- Informasi, dan maklumat mudah sampai, dan dicapai
- Merupakan alat penghubung akaun media sosial
- Medium dalam mendapatkan informasi dengan lebih berkesan
- Sebagai media promosi, dan pemasaran yang berkesan
Bagaimana memulihkan semula kata laluan Gmail?
Tips 1: Tanpa alamat email, dan nombor telefon
- Klik pada laman link ini, memulih akaun Google
- Masukkan alamat Gmail atau usernama anda
- Setelah siap isi maklumat tersebut, klik pada butang seterusnya
- Anda boleh lihat di skrin paparan telefon/laptop yang digunakan. Ada tiga pilihan yang dicadangkan kepada anda seperti “Masukkan kata laluan”, “Dapatkan verifikasi email untuk memulihkan semula email”, dan “Guna cari lain untuk daftar masuk”
- Jadi untuk tips ini, anda perlu pilih “Guna cari lain untuk daftar masuk”
- Klik pada butang “Guna cari lain untuk daftar masuk”
- Perhatikan, anda akan mendapat notifikasi pada peranti telefon yang menggunakan akaun email yang sama. Pastikan peranti anda mempunyai alamat email ID yang sama
- Tekan “Ya” untuk membuat verifikasi identiti anda
- Selepas ini, anda boleh daftar masuk ke akaun Gmail seperti biasa
Tips 2: Melalui “Guna cari lain untuk daftar masuk”
- Sekiranya anda tidak mampu untuk membuat verifikasi dari peranti yang digunakan kerana tidak mempunyai alamat email yang sama, anda boleh guna tips ini.
- Pilih pilihan yang lain dengan klik pada butang “Guna cari lain untuk daftar masuk”
- Google akan menghantar email pada anda untuk menetapkan semula kata lalaun baru dalam masa 72 jam. Ia akan mengambil masa 3 hari untuk pihak Google membuat verifikasi, dan menyemak sama ada akaun yang digunakan adalah benar milik anda atau bukan. Dalam masa yang sama, anda juga boleh menyemak pada ruang spam/junk folder sekiranya tidak mendapat balasan email dalam masa 72 jam yang ditetapkan.
- Setelah mendapat email balasan, tetapkan semula kata laluan dalam masa 7 hari
- Klik pada butang “Get Started”
- Tahniah, akaun email sudah boleh digunakan
Tips 3: Melalui verifikasi mesej
- Verifikasi juga boleh digunakan melalui mesej dari peranti telefon
- Hanya klik sahaja pada pilihan “Verifikasi mesej”
- Tekan butang “Hantar”
- Buat verifikasi akaun anda memalaui mesej yang dihantar. Tips ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai nombor telefon pemulihan yang sudah ditetakan pada akaun Google
Tips 4: Tambahkan alamat email, dan nombor telefon ke dalam akaun Google
Bagi memudahkan anda untuk tidak berhadapan dengan masalah terlupa kata laluan lagi, anda boleh guna nombor telefon atau alamat emel pemulihan. Ia sangat membantu untuk menyelesaikan isu seperti:
- terlupa kata laluan
- orang lain menggunakan akuan anda
- anda terhalang daripada mengakses akaun anda atas sebab lain
Maklumat pemulihan membantu anda mendapatkan kembali akses kepada akaun tersebut, dan memastikan akaun anda selamat. Apa yang perlu dilakukan adalah amat mudah sekali. Ikuti langkah ini:
- Pergi ke ruangan “My Google account”
- Klik pada info peribadi
- Tambahkan nombor telefon dan alamat email anda sendiri
- Selain itu, anda juga boleh lengkapkan ruangan informasi lain sekiranya mahu
- Selesai. Akaun email anda selepas ini akan lebih selamat untuk digunakan
Teknologi memang memudahkan kerja-kerja manusia. Namun ada ketikanya ia boleh menyukarkan kita dalam sesetengah perkara khususnya dari segi keselamatan. Hal ini kerana, ia mempunyai kawalan keselamatan yang sangat terperinci, dan ketat untuk memastikan data peribadi kita tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: BizChina
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah