Teknologi
Kereta Terbang AirCar Akan Mula Dijual Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang, ‘AirCar’, Kereta Terbang Futuristik Yang Boleh Brubah Daripada Kereta ‘Sport’ Kepada Pesawat Dalam Masa Kurang Tiga Minit
Kereta Terbang AirCar Akan Mula Dijual Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang, ‘AirCar’, Kereta Terbang Futuristik Yang Boleh Brubah Daripada Kereta ‘Sport’ Kepada Pesawat Dalam Masa Kurang Tiga Minit
Setiap kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, mungkin ada di antara kita impikan untuk memiliki kereta terbang.
Tidak lama lagi, impian itu boleh direalisasikan apabila ‘AirCar’, kereta terbang futuristik yang boleh berubah daripada kereta ‘sport’ kepada pesawat dalam masa kurang tiga minit.
Syarikat pengeluar berkata kenderaan terbang dwi-mod itu sesuai untuk perjalanan santai dan pemanduan peribadi pada masa hadapan.
Walaupun tiada butiran harga telah didedahkan setakat ini, AirCar akan mula dijual dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut laporan Daily Mail, AirCar boleh mencapai ketinggian lebih daripada 8,000 kaki di udara dan kelajuan melebihi 160 kilometer sejam di jalan raya.
Ia dianugerahkan status baharunya selepas melengkapkan lebih 200 penerbangan dan pendaratan selama 70 jam menerusi ujian penerbangan yang ketat di bawah piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).
Pemaju AirCar berkata ujian itu termasuk rangkaian penuh penerbangan dan manuver prestasi.
Aircar on its way to production now. pic.twitter.com/WdvkKX2sjX
— Rocks (@naikrakesh) January 26, 2022
Tidak sekadar itu, ia turut menunjukkan kestabilan statik dan dinamik yang menakjubkan ketika dalam mod pesawat.
Prosedur berlepas dan mendarat AirCar telah dicapai walaupun tanpa keperluan juruterbang untuk mengawal penerbangan.
Rakaman menakjubkan AirCar menarik perhatian ramai pada tahun lalu ia dipandu di landasan sebelum terbang ke udara.
Ia kemudiannya boleh dilihat mendarat, melipat sayapnya dan dipandu di sepanjang lebuh raya di tengah-tengah ibu kota Slovakia.
Tidak hanya sebagai pemanduan sendiri, pemaju AirCar turut menambah kenderaan itu juga boleh digunakan sebagai teksi komersial.
AirCar dilengkapi dengan enjin BMW menggunakan bahan api petrol biasa.
Kereta canggih itu difahamkan boleh memuatkan dua orang pada satu masa.
Sumber: Daily Mail
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.