Connect with us

Teknologi

Perodua Axia Akan Digantikan Dengan Model Generasi Baru, Mungkin Dilancarkan Seawal 2023

Published

on

okniuctez

Perodua Axia Akan Digantikan Dengan Model Generasi Baru, Mungkin Dilancarkan Seawal 2023

kereta Perodua paling murah iaitu Perodua Axia tidak lama lagi akan digantikan dengan model generasi baru, setelah lapan tahun berada di pasaran. Diberi kod nama D74A. Funtasticko memberitahu usaha pembangunan hatchback baru Perodua ini kini sedang berjalan.

Maklumat tentang Axia generasi baru setakat ini

Sebagai permulaan, besar kemungkinannya Axia serba baru ini akan dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) – sama seperti Perodua Ativa dan juga Perodua Alza baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

uhutzerwz

Selain dari itu, ada juga kemungkinannya yang Axia serba baru nanti akan menggugurkan kotak gear automatik 4 kelajuan dan akan digantikan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) yang lebih baru dan canggih. Transmisi sama digunakan dalam Myvi baru-baru ini.

sfoijego8ywedImej lakaran oleh Theophilus Chin

Masih belum dapat dipastikan jenis enjin yang akan menggerakkan hatchback segmen A Perodua ini.

Axia sekarang sudahpun menawarkan kelengkapan AEB ASA 2.0

Tambahan pula, memandangkan model sekarang sudah dilengkapi dengan AEB Advanced Safety Assist (ASA), barangkali model serba baru ini nanti akan mula ditambah dengan bermacam jenis kelengkapan lagi.

Bilakah pelancaran Perodua Axia generasi baru?

Adakah Perodua akan menawarkan varian Style bagi Axia serba baru?
Menurut sumber, Perodua Axia serba baru dikatakan akan masuk barisan produksi dalam tahun ini dan akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

Axia serba baru mungkin akan diperkenalkan dahulu sebelum saudara Indonesianya, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.