Connect with us

Teknologi

Asteroid Bersaiz Lebih 1 Kilometer Akan Menghampiri Bumi Pada 18 Januari 2022 Dengan Kelajuan 70,415 km/h Sewaktu Melintasi Bumi

Published

on

suydkyk

Asteroid Bersaiz Lebih 1 Kilometer Akan Menghampiri Bumi Pada 18 Januari 2022 Dengan Kelajuan 70,415 km/h Sewaktu Melintasi Bumi

Dijangkakan sebuah asteroid yang dikenali sebagai (7482) 1994 PC1 yang dianggarkan saiz diameternya lebih daripada 1 kilometer bakal melintasi hampir dengan bumi. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian NASA terhadap asteroid-asteroid di angkasa.

Lintasan asteroid itu dijangka akan berlaku pada 18 Januari 2022 ini.

Kelajuan asteroid itu pula sewaktu melintasi bumi adalah selaju 70,415 km/h dengan jaraknya dari bumi sekitar 2 juta kilometer.

Bunyi seperti jauhkan tapi NASA tetap mengkategorikan asteroid ini sebagai asteroid yang boleh membahayakan bumi kerana siaznya itu.

ASTEROID 1994 2

Untuk pengetahuan anda, mana-mana asteroid yang bersaiz lebih daripada 140 meter dan mengorbit bumi sehampir 7.5 juta kilometer, NASA mengkategorikan asteroid-asteroid tersebut sebagai asteroid yang berpotensi membawa bahaya kepada bumi.

Mungkin kita tidak sedar apa yang berlaku di angkasa lepas. Tetapi sepanjang minggu ini iaitu pada 13 dan 14 Januari 2022, sebanyak 5 asteroid dari yang bersaiz sebuah bas sehinggalah sebesar sebuah kapal terbang jumbo telah melintasi bumi.

Jarak lintasan asteroid yang paling hampir minggu ini telah berlaku pada 13 Januari 2022 lalu di mana asteroid yang dikenali sebagai 2022 AG2 melintasi bumi pada jarak sehampir 1,210,000 kilometer.

asteroid lintasi

Kapsyen: 5 Asteroid ini telah lintasi bumi pada 13 dan 14 Januari 2022.

Sumber: nasa, ssd JPL nasa

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.