Connect with us

Teknologi

Cecah kelajuan 206.25Gbps dalam Ujian Makmal, China berjaya pecah rekod baharu pemindahan data 6G

Avatar of kidin

Published

on

itdfoldoukydc

Cecah kelajuan 206.25Gbps dalam Ujian Makmal, China berjaya pecah rekod baharu pemindahan data 6G

China mendakwa telah berjaya melakukan pencapaian besar dalam teknologi komunikasi generasi berikutnya, ‘6G’ Dalam ujian makmal berteknologi tinggi di Nanjing. Makmal berkenaan sedang melaksanakan projek pembangunan khas kerajaan dalam teknologi 6G. Projek ini turut diusahakan bersama-sama Universiti Fudan dan China Mobile.

Buat masa ini, kebanyakan tempat di seluruh dunia masih lagi belum melihat keupayaan sebenar 5G keupayaan sebenar 5G. Sungguhpun kadar kelajuan pemindahannya tinggi dan pendaman yang rendah, teknologi ini dilihat masih lagi belum dimanfaatkan untuk kegunaan secara meluas. Kos pelaksanaan yang tinggi turut menjadi antara penyebab mengapa ia lambat untuk diimplementasikan.

Perkembangan ini bagaimanapun tidak menghalang pelopor teknologi untuk meneroka era baharu telekomunikasi generasi berikutnya. Tahun lepas, LG dilaporkan sedang mengusahakan ke arah komunikasi nirwayar 6G.

Selain itu, China juga dilaporkan telah menyediakan satelit berkeupayaan 6G pada 2020. Pun begitu, masalah utama yang melibatkan teknologi komunikasi ini adalah ketiadaan piawai tetap bagi menentukan sifat 6G sebenar.

Masalah takrifan 6G sebenar

3GPP, badan penetapan piawaian komunikasi sedunia masih lagi mendedahkan hala tuju untuk 6G. Kebanyakan negara juga masih lagi belum menyatakan persetujuan bersama berkenaan rangka kerja frekuensi piawai, modulasi isyarat dan bentuk gelombang yang akan digunakan untuk teknologi komunikasi tersebut.

Atas sebab itu, apa sahaja yang melepasi paras 1Gbps yang ditawarkan oleh 5G dianggap sebagai penanda aras baharu komunikasi mudah alih.

Makmal berkenaan yang dikenali sebagai Purple Mountain Laboratories diketuai oleh Professor You Xiaohu. Menurut laporan, makmal tersebut telah berjaya mencapai kelajuan pemindahan 206.25Gbps di dalam tetapan makmal.

Pencapaian itu, bagaimanapun masih lagi belum diterbitkan di mana-mana jurnal setakat ini. Ia telah mencapai rekod dunia dalam transmisi berfrekuensi 300GHz – 3THz dan dianggap akan digunakan pada teknologi 6G, menurut laporan SCMP.

Pengeluar-pengeluar peralatan masih lagi belum pasti bilakah teknologi ini akan diperkenalkan kepada pengguna umum. Ericsson menjangkakan ia mungkin dapat disediakan sekitar 2027. Manakala Pengerusi Huawei, Xu Zhijun pada September tahun lepas menyatakan takrifan 6G masih lagi belum diketahui dan mungkin akan hadir dalam dekad berikutnya.

Sumber; hteknologi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.