Connect with us

Teknologi

NASA Rakam Dua Ribut Besar Di Musytari, Salah Satu Ribut Sangat Besar Sehingga Boleh ‘TELAN’ Bumi Di Dalamnya

Published

on

ejgnwOIUEG

NASA Rakam Dua Ribut Besar Di Musytari, Salah Satu Ribut Sangat Besar Sehingga Boleh ‘TELAN’ Bumi Di Dalamnya

Lapor akhbar The Sun pada 5 Januari 2022. Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah menyiarkan gambar menakjubkan dua ribut besar yang melanda Musytari di akaun Instagramnya. Gambar itu dirakam pada pada 29 November 2021 oleh kapal angkasa pengorbit planet, Juno milik NASA. Gambar memaparkan ribut yang begitu besar itu telah mendapat lebih satu juta tanda suka di akaun Instagram tersebut.

Skala tepat kedua-dua ribut itu tidak diketahui tetapi pakar berpendapat bahawa salah satu ribut adalah sangat besar sehingga boleh memuatkan Bumi di dalamnya.

“Dua ribut berputar yang besar sedang berlaku di permukaan Musytari dalam imej yang dirakam oleh perakam cahaya @NASASolarSystem Juno, JunoCam di laluannya yang ke-38 pada ketinggian kira-kira 6,140 kilometer,” kata NASA.

IMG 20220107 013127

“Awan terang yang timbul di atas mewujudkan bayang-bayang pada tebing ribut yang lebih rendah daripadanya. Ribut di bawah lebih besar daripada yang di atas, awan ini biasanya sepanjang 50 kilomiter,” jelas pihak tersebut.

Juno ialah kapal pengorbit planet NASA yang melakukan perjalanan paling jauh. Ia sebenarnya telah menyelesaikan misi nawalnya pada 2016 tetapi kini dalam misi lanjutan untuk memerhati dan mengambil gambar.

Musytari merupakan planet terbesar dalam sistem suria galeksi Bima Sakti dan mempunyai sebanyak 80 bulan yang berputar sebagai objek satelit semula jadi. Planet ini dilanda ribut yang berterusan yang paling terkenal dipanggil ” Tompok Merah Besar”.

IMG 20220107 013156

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.