Kisah
Kisah Benar Anak Derhaka Pada Ibu Bapa, Allah Bayar “Cash” Di Dunia
Kisah Benar Anak Derhaka Pada Ibu Bapa, Allah Bayar “Cash” Di Dunia
Ibu bapa adala insan yang melahirkan, membesarkan, dan mendidik diri anak-anak untuk menjadi individu yang berguna. Ibu bapa ada tanggungjawabnya sendiri begitu juga anak-anak. Anak bertanggungjawab untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bercangah dengan syariat. Keberkatan untuk anak yang soleh di mata Allah, manakala satu hinaan bagi anak derhaka pada ibu di dunia dan akhirat.
Disapa dan dipeluk seorang ibu tua misteri
Dikongsikan dari sedutan Forum “Cemerlang Dunia Cemerlang Akhirat” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah pada 11 Mei 2017. Ada 3 ahli panel terlibat iaitu Ustaz Lutfi Amir, Ustaz Nurul Aswar Nasron dan Ustaz Abdullah Muda.
Dikesempatan ini Ustaz Abdulllah Muda sempat menceritakan kisah meruntun jiwa anak derhaka kepada ibu dan bagaimana beliau berjumpa dengan seorang ibu tua di rumah orang-orang tua yang sangat rindu menanti kunjungan anaknya.
Pada suatu hari, beliau mendapat panggilan dari seorang sahabat untuk menyampaikan bantuan kepada orang-orang miskin. Lalu dibelinya keperluan seperti kain pelikat, roti dan sebagainya untuk dibawa bersama. Namun di mana dan apa nama rumah orang-orang tua tersebut tidak diberitahu dan masih dirahsiakan sehingga kini.
Katanya, beliau yang baru sampai di rumah orang-orang tua tersebut terkejut kerana didatangi seorang ibu tua yang menyapa dan memeluknya sambil berteriak, “Anak aku datang. Anak aku datang. Seronoknya, anak aku datang.”
“Nak, kenapa tinggal mak dekat sini nak… Mak nak balik. Mak rindu dekat rumah,” nangis ibu tua itu sambil mencium beliau.
Ustaz Abdullah yang masih terkejut tidak mampu untuk membalas apa-apa kecuali memanggil namanya sebagai “mak cik”.
Mendengar itu, ibu tua terus berkata, “Sampai hati kau tak mengaku aku mak kau.”
Berlakon menjadi anak sendiri
Entah bagaimana rasanya tidak sampai hati untuk mengecewakan hati seorang ibu tua yang sangat rindu untuk melihat wajah dan kasih sayang dari seorang anak. Ustaz Abdullah mengambil keputusan spontan untuk berlakon menjadi anak ibu tua itu sendiri.
“Mak maafkan saya, ya,” beliau gengam tangan ibu tua lalu menyuapkan makanan di mulutnya.
Meleleh air mata ibu tua jatuh tidak mampu membendung perasaan rindu yang teramat sangat kepada seorang insan yang dilahirkannya iaitu anak.
“Jangan tinggalkan mak, nak. Mak nak balik. Mak nak balik,” teriak ibu tua itu kembali apabila beliau ingin pulang ke rumah selepas selesai misi memberikan bantuan sumbangan tersebut.
Sekali lagi perasaan sayu itu menguasai diri. Tidak sampai hati untuk menolak ajakan si ibu tua. Beliau telah meminta izin pegawai rumah orang-orang tua tersebut untuk menyemak sejarah ibu tua tadi.
Apabila disemak, apa yang mengejutkannya rupa-rupanya sudah 3 tahun dia tinggal di sini. Bahkan, dia mempunyai beberapa orang anak. Anak pertama bergelar Tan Sri sangat terkenal dan kaya raya. Akhirnya beliau mendapat perlepasan selama 5 hari untuk membawa pulang ibu tua berkenaan.
Bawa pulang ke rumah dan beri kasih sayang
Maka bermulalah perjalanan baru ibu tua bersama keluarga Ustaz Abdullah. Dia disambut di rumah dengan penuh kasih sayang oleh isteri dan anak-anak Ustaz Abdullah. Setiap pagi solat subuh telah diimamkan oleh beliau dan ketika doa dibaca air mata seorang ibu tua turut mengalir bersama.
Beliau yang sudah tidak mempunyai ibu kerana telah meninggal dunia menganggap ibu tua tersebut seperti ibunya sendiri. Kehidupan mereka penuh dengan memori indah “anak dan ibu”.
Namun masuk ke hari ketiga ketika beliau selesai mengimamkan solat isyak dan mahu bersalam dengan ibu tua. Tiba-tiba, ibu tua melapikkan tangannya dengan kain telekung.
“Mak kenapa mak lapik tangan. Dua hari dah mak tak lapik tangan kenapa hari ni mak lapik tangan?” beliau keliru.
Ibu tua pun bersuara dengan lembut, “Ustaz kau bukan anak saya. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu. Sebab kalau anak saya dia tak akan imamkan solat saya. Kalau anak saya dia tak akan suapkan makanan dalam mulut saya.”
Sungguh bergetar jiwa yang mendengarnya. Naluri ibu walaupun seuzur mana dia hidup di dunia ini tentang anak-anak dia masih ingat dan akan kekal segar diingatan.
“Mak, walaupun mak bukan mak saya. Tapi hari ni saya anggap mak sebagai ibu saya. Mak duduklah dekat sini,” beliau juga tanpa perasan menitiskan air mata.
Ibu tua meninggal dunia di riba seorang anak angkat
Tidak berapa lama selepas kejadian itu, ibu tua sudah semakin tenat dan uzur. Sehinggalah dia dimasukkan ke wad hospital di sisi hayatnya di samping seorang anak angkat iaitu Ustaz Abdullah.
Sempat berpesan sebelum meninggal, “Ustaz kalau saya mati, jangan beritahu anak saya seorang pun yang saya mati. Kalau mereka tahu saya mati, jangan beritahu di mana kubur saya. Kalau dia tahu kubur saya, jangan izinkan dia pegang batu nisan.”
Akhir pada kata-kata tadi maka ibu tua pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Ustaz Abdullah sambil ditemani anak dan isterinya.
Anak “Tan Sri” datang nak saman ustaz
Selepas tiga bulan kematian ibu tua, seorang Tan Sri menelefon Ustaz Abdullah lalu memberi amaran untuk menyamannya atas tindakan mengeluarkan ibunya dari rumah orang-orang tua.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Saman yang ditunggu tidak menerima khabar sama sekali. Sehinggalah pada suatu hari beliau disapa oleh seorang lelaki yang menangis dan memeluknya.
“Ustaz tolong tunjuk di mana kubur mak saya.”
“Kenapa baru hari ini baru nak tanya mengenai mak kamu?”
“Tolonglah ustaz, saya nak jumpa mak saya. Sayalah Tan Sri yang nak saman ustaz dulu. Saya sekarang ni papa kedana Ustaz. Isteri saya mati eksiden. Rumah banglo saya musnah terbakar. Kereta semua bank tarik. Hanya tinggal satu kereta yang tinggal iaitu kereta kancil.”
“Baiklah. Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi kamu jangan pegang batu nisan kubur mak kamu.”
Tangan hitam cacat. lumpur rebah di atas kubur mak
Sampai sahaja di depan kubur ibu tua, anak yang bergelar Tan Sri itu berlari tidak ingat dunia untuk meratap di atas kubur. Dari pantas menjadi perlahan. Tubuh yang kuat menjadi lemah dan cacat. Tangan yang sempurna menjadi cacat kehitaman.
“Ibu…. ibu…,” melolong si anak memanggil nama ibunya.
Anak bergelar Tan Sri akhirnya meninggal dunia berdekatan dengan kubur ibu tua tetapi tidak sempat sampai ke kubur lagi.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15,
Maksudnya: “Dan kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”
Sebagai seorang anak, kita hendaklah mengutamakan ibu bapa berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas Allah SWT dan rasul Nya. Ketahuilah jika ibu bapa reda kepada anaknya maka Allah Akan reda kepadanya, sebaliknya jika ibu bapanya berkecil hati atau marah kepada anaknya maka Allah juga akan murka kepada anak tersebut. Ini jelas sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: keredaan Allah terletak pada keredaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.” – (Hadis Riwayat Al Imam At-Tarmizi)
Sumber: Ar-Rahman TV
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah