Kisah
Besarkan Anak Sendiri Lepas Kematian Isteri, Bapa Tunggal Terpaksa Kerja Sambil Dukung Anak Buat Ramai Orang Sebak
Besarkan Anak Sendiri Lepas Kematian Isteri, Bapa Tunggal Terpaksa Kerja Sambil Dukung Anak Buat Ramai Orang Sebak
Tiada ibu bapa yang inginkan anak-anaknya hidup dalam serba kekurangan. Semua ibu bapa mahu anak-anak mendapat kehidupan yang baik dan selayaknya seperti orang lain juga. Tetapi apalah daya kadang-kala keadaan memaksa kita untuk berkorban. Ada yang tepaksa meninggalkan anak kecil di rumah untuk bekerja dan ada juga yang kerja sambil dukung anak semata-mata bagi mengalas perut pada hari itu.
Suami kehilangan isteri, bapa kerja sambil dukung anak
Perkongsiaan dari sebuah laman akaun Indonesia iaitu Instagram Visitcianjur memuat naik video seorang lelaki separuh baya sedang kerja sambil dukung anak di belakang badan. Lelaki itu bekerja sebagai seorang tukang tampal tayar yang menjalankan kerjanya di tepi jalan iaitu di kawasan terbuka.
Menurut maklumat yang diterima, lelaki ini terpaksa kerja sambil dukung anak kerana dia baru sahaja kehilangan isterinya beberapa bulan lalu. Besarnya pengorbanan seorang bapa tidak mahu anaknya berasa kehilangan kasih sayang dari seorang ibu.
Bergelar seorang bapa tunggal bukanlah suatu yang mudah untuk digalas. Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang ibu tunggal membesarkan anak seorang diri tetapi jarang kita dengar kisah mengenai bapa tunggal.
Kerana hakikat seorang lelaki tentu perlukan kaum hawa untuk membantunya menguruskan hal rumah tangga khususnya membesarkan anak-anak di rumah. Sedangkan tugas bapa lebih kepada mencari rezeki untuk dibawa pulang ke rumah.
Di saat seorang anak perlukan kasih sayang seorang ibu dalam perjalanan usianya yang kian membesar, takdir mengatakan lain pula. Ibu meninggal dunia lebih kurang 3 bulan kerana menderita sakit lalu meninggalkan anak serta suami sendiri.
Dengan sebelah tangan mencari rezeki, sebelah tangan lagi dukung anak
Walaupun hanya kerja menampal tayar bocor, namun lelaki tersebut tabah dan terus cekal mengharungi hidupnya bersama anak yang dibesarkan dari kecil. Menerusi gambar yang tular di media sosial, lelaki itu memegang anaknya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya digunakan untuk mengangkat tayar kenderaan milik pelanggan.
Anak yang dikendong sehingga tertidur di bahu, betapa penatnya dia mengikut bapanya mencari rezeki. Apakah pula kudrat bapanya itu? Sudah tentu rasa penat dan lelah terus melemahkan tenaganya tetapi diteruskan juga untuk mencari rezeki demi anak-anak.
Hanya berbekalkan kain lusuh yang buruk bukannya body carrier untuk bayi yang ada dijual puluhan atau ratusan ringgit, bapa ini tidak berputus asa sedikit pun.
Ketika kanak-kanak lain seusianya sedang seronok bermain dan belajar, anak yang dikendong lelaki itu terlebih dahulu didedahkan dengan kepayahan mencari rezeki di luar. Ini adalah bentuk pengorbanan seorang bapa yang tidak mungkin boleh kita balas.
Seorang wanita atau ibu mungkin akan mudah meluahkan apa yang dirasakannya kepada orang lain. Rasa resah, kecewa, geram, marah, dan gembira memang mudah dikongsi oleh seorang wanita. Tetapi bagi seorang lelaki atau bapa, jarang sekali kita lihat mereka mengadu keluh kesah walaupun memang dari raut wajahnya kita tahu mereka sedang bermasalah.
Masalah lebih suka dipendam kerana mereka bukanlah mudah untuk berkongsi apa yang dirasa dalam hati. Semoga lelaki ini dan kaum bapa di luar sana di permudahkan jalan, dan diluaskan rezeki untuk memberi makan keluarga di rumah.
Apa pun pekerjaan bapa kalian, hargailah mereka kerana dengan rezeki itu mereka dapat membesarkan anak-anak menjadi orang-orang yang berguna dan bermanfaat untuk masyarakat.
Sumber: Instagram Visitcianjur
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.