Kisah
Tak Pernah Tinggal Dhuha & Qiam, Perbadi Mulia Yang Terus Ingati Doktor dan Bayi Kemalangan Van

Tak Pernah Tinggal Dhuha & Qiam, Perbadi Mulia Yang Terus Ingati Doktor dan Bayi Kemalangan Van
Hidup di dunia tiada yang kekal abadi. Setiap orang yang pergi dijemput Ilahi akan meninggalkan kenangan tersendiri. Manusia yang baik akan meninggalkan kerinduan yang teramat sangat pada insan-insan yang ditinggalkannya. Kisah ini mengingatkan kepada doktor dan bayi kemalangan van ambulans beberapa tahun lalu semasa Malaysia sedang bergelut hebat dengan pandemik Covid-19.
Doktor dan bayi kemalangan dalam perjalanan ke hospital
Ketika penularan wabak Covid-19 yang lalu, frontliners sentiasa berdiri di benteng hadapan untuk membantu masyarakat menghadapi virus ini. Pasukan petugas perubatan adalah salah satunya yang tidak pernah kenal erti penat memakais perlindungan berlapis-lapis di bawah terik matahari hanya untuk merawat pesakit. Dalam kemelut itu diberitakan pula berita yang membabitkan doktor dan bayi kemalangan ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.
Van ambulans tersebut dinaiki oleh lapan orang penumpang termasuk lima orang doktor dari ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. Akibatnya, ia menyebabkan Dr. Nooranisah Mohd Razali serta anaknya yang dikenali sebagai Mohammad Fitri Yusuf Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia. Manakala lima lagi penumpang dan pemandu, Mohd Lazim Abdullah, Dr. Siti Salwa Mohamad Shokri, Syahirah Muhamad Razali, Dr. Norazma Mohamad, Dr. Linda Laila Ibrahim Shukri, Dr. Suzuanhafizan Omar, dan Dr. Hazirah Sazali terselamat dari kejadian tersebut.
Kemalangan yang berlaku kira-kira di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berdekatan Kampung Renok Baru, Gua Musang ini sebenarnya untuk membawa mereka menjalankan tugas rawatan Covid-19.
Mulianya peribadi dan akhlak seorang doktor dan sahabat
Rentetan dari kejadian menyayat hati tersebut telah berkongsi seorang pengguna Facebook, Ummi Abibah tentang peribadi mulia arwah Dr. Nooranisah ini. Ummi Abibah yang juga kenalan kepada Dr. Nooranisah berkata, “Kak Nisa (panggilan untuk Dr. Nooranisah) sanggup berulang alik alik selepas kerja ketika zaman housemanship dari Hospital Ipoh ke Seri Iskandar untuk menyertai usrah.
“Pernah tanya kak Nisa, bila masa dia berehat memandangkan zaman tu dia masih HO. Berulang alik dari hospital Ipoh, lepas kerja gerak ke Seri Iskandar untuk usrah, meeting dan gerak kerja yang lain. Rumah aku merupakan rumah kedua dia untuk transit.
Dia kata kat dunia ni tempat untuk kita bekerja. Bekerja untuk diri kita, bekerja untuk ummah semampu yang kita boleh. Nanti di syurga rehatlah sepuas mana yang kita nak.
Orang yang tidurnya sedikit dan banyak berfikir tentang ummah. Kerap kali terjaga malam dan nampak kak Nisa tengah qiamullail. Kalau aku tak ada kes oncall malam tu dia akan ajak qiam sekali. Dhuha tak pernah tinggal, dan akan senyum walaupun aku masak makanan terlebih masin.
Selamat berehat di sisi Tuhan kak Nisa & baby Yusuf. Berehat sepuas-puasnya. Semangat kak nisa masih ada dalam perjuangan kita. Semoga ganjaran syahid untuk Kak Nisa,” coretan Ummi Habibah dalam akaun Facebooknya.
Syurga tempat kamu berehat sepuasnya, damailah engkau di sana
“Dunia ini tempat untuk kita bekerja, mengumpal segala amal kebaikan untuk kita semai apabila di akhirat nanti. Nak berehat, berehatlah di syurga Nya sepuasnya.”
Bukan sahaja sangat gemar menghadiri usrah, malah arwah Dr. Nooranisah juga sentiasa melazimi amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan qiamulail.
Pemergiaan ini tidak hanya ditangisi keluarga dan rakan-rakan. Malah berita duka tersebut turut mendapat reaksi ramai netizen. Mereka telah mengucapkan salam takziah buat suami serta keluarga Dr. Nooranisah serta berharap agar mereka tabah menghadapi ujian. Mereka turut mendoakan supaya roh keduanya ditempatkan disyurga bersama orang-orang beriman.
Sesungguhnya peribadi arwah Dr. Nooranisah mengajar kita untuk sentiasa ingat pada tujuan kehidupan yang sebenar. Hidup di dunia hanya pinjaman yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk beribadah dan melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan agar ia dapat membantu kita diakhirat kelak. Orang yang soleh memang akan menjadikan dunia ini sebagai medan penuh kelelahan, kepenatan, air mata, dan ujian. Kerana mereka sedar makna berehat adalah apabila seseorang itu berjaya mendapat kemuliaan untuk duduk di dalam syurga.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah











