Connect with us

Kisah

Sanggup Gadai Nyawa Lawan Arah Jalan & Lambat Hantar Double Order Pelanggan, Rider Grabfood Tolong Orang Di Tepi Jalan

Published

on

rider grabfood tolong orang

Sanggup Gadai Nyawa Lawan Arah Jalan & Lambat Hantar Double Order Pelanggan, Rider Grabfood Tolong Orang Di Tepi Jalan

Masih ingatkan kita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 di Malaysia dulu? Insan-insan seperti polis, tentera, rela, penguat kuasa, bomba, doktor, jururawat, badan-badan beruniform yang lain dan rider makanan juga menjadi frontliner yang bergerak ke sana ke mari untuk membantu masyarakat. Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial seorang rider Grabfood tolong orang di tepi jalan.

Rider Grabfood tolong orang rebah di tepi jalan

Rakaman dari kamera di helmet seorang rider Grabfood tolong orang adalah kepunyaan Mohd Sazwandi Sumarti, 26 tahun. Dia yang ketika itu mendapat double-delivery order daripada pelanggan sebenarnya tergesa-gesa mengejar waktu untuk ke dua lokasi berbeza.

Ketika itu dia sedang melalui kawasan Jambatan Lido dan melihat seorang lelaki tua ingin melintas jalan yang agak sesak dengan kenderaan memandangkan ketika itu pukul 4.40 petang.

“Dia berdiri di tepi jalan. Tetapi kakinya seperti tidak kuat dan mahu terjatuh di atas jalan raya. Saya perasan tak ada seorang pun pengguna jalan raya yang berhenti dan periksa keadaan lelaki tua itu,” kata Sazwandi menceritakan bagaimana dia boleh mengambil keputusan untuk berhenti dan menolong warga emas berkenaan.

Dengan segera Rider Grabfood tolong orang tua tersebut. Ketika itu dia mula perasan terdapat tompokan darah di bahagian mulut lelaki itu. Bukan itu sahaja, bahkan ada juga kantung air kencing yang diletakkan bersama badan lelaki tua terbabit.

Jalan kaki dari klinik ke rumah sejauh 8 KM dengan tongkat

Apa yang menyentuh hati apabila ditanya oleh rider Grabfood yang menolongnya itu berkata, lelaki tua terbabit baru pulang dari membuat rawatan di Klinik Luyang dan mahu balik ke rumah di Tanjung Aru. Jarak dari Luyang ke Tanjung Aru adalah sejauh 8 kilometer dan lelaki tua tersebut hanya berjalan kaki dengan menggunakan tongkat.

Dalam masa yang sama terdapat juga tiga individu lain termasuk dua daripadanya adalah rider penghantar makanan yang lain berhenti di tepi jalan lalu membantu Sazwandi dan lelaki tua tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk menelifon ambulan sahaja kerana tidak mungkin dengan keadaan sedemikian lelaki itu mampu untuk pulang ke rumah dengan selamat.

Menurut lelaki tua itu dia memang ke klinik sendiri memandangkan anak-anaknya bekerja.

Walaupun lelaki yang ditolong itu menolak pelawaan Sazwandi untuk menunggu ambulan sampai, tetapi dia akhirnya akur dan dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

 

Terpaksa hantar makanan yang dah sejuk ke pelanggan

Selepas kejadian itu, Sazwandi segera menghantar pesanan makanan itu menuju ke alamat masing-masing. Walaupun terlintas rasa risau sekiranya dimarahi pelanggan tetapi dia tidak terlalu memikirkan yang penting pesanan selamat sampai ke tangan mereka.

Sangat beruntung kerana pelanggan amat memahami dan tidak memarahinya atas kelewatan itu.

Ramai netizen memuji kebaikan rider Grabfood tersebut

Video rakaman yang mendapat 1.1 k komen, 3.5 k shares, dan 983 k tontonan di lama sosial Facebook itu mendapat reaksi yang amat baik dari para netizen. Rata-rata memberikan pujian atas kebaikan yang ditonjolkan oleh rider Grabfood tersebut.

“God bless you and may there be more kind, loving, and compassionate people around.”

rider grabfood tolong orang

“I teared as I read this. Truly Malaysian attitude that we want to prevail. Well done young man. God will always bless you!”

rider grabfood tolong orang

“Macam ni lah terbaik. Tak kira bangsa, agama, miskin atau kaya, kita mesti tolong-menolong. Semoga Tuhan memberkati hidupnya dengan kesenangan, kebahagian, dan kesihatan yang baik. Amin.”

rider grabfood tolong orang

Pengajaran dari kisah ini adalah sikap keprihatinan rakyat Malaysia dengan keadaan di sekeliling haruslah sentiasa segar dalam diri masing-masing. Tunjukkan sedikit rasa peduli dan rasa empati kita antara sesama manusia.

Selain itu, sebagai seorang anak juga menjaga kebajikan ibu bapa adalah tanggungjawab kita bermula dari makan, minum, kesihatan, dan tempat tinggal mereka. Tanpa mereka, siapalah kita hari ini.

Sumber: The Star Malaysia

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Kisah

“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Published

on

Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.

Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”

Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.

“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.

Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.

 Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dapat RM5 pun rezeki besar

Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.

“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”

Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.

559892881 794121526590583 4849861813037129326 n

“Saya lebih tenang kerja sendiri”

Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.

“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.

Warganet sebak, ramai mahu bantu

Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).

Continue Reading

Trending