Keluarga
Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu, Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik
Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu, Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik
Macam Mana Melatih Ajar Anak Menulis
Ajar Anak Menulis : Bila nak ajar kanak-kanak menulis kita bukanlah perlu terus bagi pensil pada anak dan expect anak boleh menulis dengan baik. Ada kemahiran-kemahiran yang perlu kita lihat untuk membolehkan anak-anak menulis dengan baik.
Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.
Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil. Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.
3 perkara penting yang perlu diberi perhatian Ajar Anak Menulis adalah:
1. Koordinasi Bilateral
Skill ni bermula seawal 4 tahun. Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.
Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:
- Masukkan tali dalam straw, masukkan benang dalam manik dan lain-lain.
- Melipat pakaian.
- Mengemas cadar pada katil
Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni. Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah. Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.
2. Kekuatan Otot & Koordinasi Tangan
Skill ni bermula seawal 3 tahun. Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.
Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
- Memulas paip air untuk tutup / buka.
- Memusing kunci pada tombol pintu.
- Menyepit baju di ampaian.
- Memasang butang / zip.
- Menguli playdough / menekan playdough.
3. Pegangan Tripod
Skill ni bermula seawal 3 tahun. Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah
Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Beri makanan pada anak seperti bijiran / kekacang sebiji-sebiji.
- Gunakan garfu untuk cucuk buah / lain-lain.
- Mengutip manik dari atas lantai.
- Memasukkan syiling dalam tabung
Baca lagi : Pendidikan Di Norway Terbaik di Dunia, Wanita Melayu Ini Kongsi Mereka Gantikan Kipas Kepada Pam Haba Dalam Kelas
Baca lagi : Dulu UPSR 6A, Kini PT3 13A! Bapa Ini Kongsi 20 Amalan Didik Anak Cemerlang Akademik. Inspirasi!
Lakukan Secara Berperingkat dan perlahan-lahan
Anak berumur 4 tahun seharusnya sudah boleh melukis garisan melintang dan menegak tetapi jika belum tahu usah risau lakukan secara berperingkat. Apabila sudah berumur lima tahun, ajarkannya melukis bentuk mudah seperti bulatan dan segi tiga. Bila sudah semakin besar sediakan anak buku aktiviti kanak-kanak.
Aktiviti melukis sambungan titik ke titik dapat melatihnya untuk melukis garisan tegak. Persediaan berperingkat ini dapat membantunya bersedia untuk belajar menulis huruf tidak lama lagi. Yang penting, cuba pastikan aktiviti tersebut tidak membosankan dan menarik minat anak. Barulah mereka seronok dan bahagia!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
Sumber: Aishah Kassim
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah