Connect with us

Pendidikan

Pendidikan Di Norway Terbaik di Dunia, Wanita Melayu Ini Kongsi Mereka Gantikan Kipas Kepada Pam Haba Dalam Kelas

Published

on

pendidikan di norway

Baru-baru ini kecoh dengan berita seorang murid  perempuan Tahun 2 di sebuah sekolah di Selama mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas dia terkena kipas siling bilik darjah yang terjatuh dalam kelas pada pukul 10 pagi tadi. Hasil pemeriksaan kanak-kanak berusia 8 tahun terbabit telah mengalami patah tulang dan bahagian anggota tersebut terpaksa dibalut dengan simen selain cedera juga di bahagian dada. Inisiden ini berlaku dengan sangat pantas berpunca dari kipas yang telalu uzur yang tidak selamat digunakan. Mengambil ikhtibar dari kejadian ini berulang semula, seorang wanita tempatan yang menetap sekarang ini di Norway ada mengulas lanjut mengenai sistem pendidikan di Norway yang dikatakan ada ciri unik untuk mengekalkan tahap keselamatan pelajar sentiasa terjaga.

Hebat tukar kipas kepada pam haba, pendidikan di Norway terus cemerlang

pendidikan di norway

Berkongsi Azira Aziz mengenai sistem pendidikan di Norway yang berbeza dari kebanyakkan negara maju di luar sana hasil dari penelitian, pengalamannya menetap dan menyekolahkan anak-anak di negara tersebut.

“Sepanjang duduk Norway, tak pernah nampak walau satu kipas dalam sekolah anak. Waktu musim panas, boleh tahan jugaklah suhu di luar. Ada hari hingga mencecah ke +31 darjah celsius, berpeluh badan dibuatnya!”

Menariknya sekolah di Norway tidak menggunakan kipas untuk menyejukkan kelas. Sebaliknya hampir setiap sekolah di Norway disediakan “varmepumpe”, “heatpump” atau pam haba. Rupanya sama sahaja seperti “air conditioning” atau penyaman udara seperti di Malaysia tetapi fungsinya agak berbeza.

Apa itu pam haba dan bagaimana ia berfungsi?

pendidikan di norway

Pam haba adalah mesin yang sangat popular dalam dunia teknologi tenaga baru hari ini. Kita mungkin sudah mengenali fungsi pam sebagai cara untuk meningkatkan tenaga keupayaan mekanikal untuk mengambil air dari tinggi yang rendah. Berbeza dengan pam haba ia adalah asli dari udara, air atau tanah untuk mendapatkan haba gred rendah, bertindak melalui kuasa, serta sangat sesuai dalam penyediaan tenaga haba gred tinggi.

Fungsi pam haba ini untuk mengangkut bahan dari sumber suhu yang rendah kepada potensi yang lebih tinggi. Dalam kata lain, ia membantu memindahkan tenaga dari sejuk kepada objek panas.

pendidikan di norway

Kebaikan pam haba penganti kipas dan penyaman udara

Mesin pam haba mampu dilaraskan untuk suhu panas pada musim sejuk dan suhu sejuk pada musim panas. Ia sangat menjimatkan kos setiap bulan dan mengurangkan penggunaan tenaga juga.

Oleh yang demikian, tidak peliklah bahawa penggunaan mesin ini banyak digunakan di kebanyakkan negara-negara Eropah khususnya di Norway. Ia juga lebih selamat berbanding kipas di syiling kelas pada hakikatnya.

Didoakan pelajar perempuan yang terlibat dan mengalami kecederaan dari kes yang melibatkan kipas di kelasnya tempoh hari mendapat kesembuhan yang segera agar boleh meneruskan pembelajaran semula di sekolah. Semoga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dan pemerhatian pihak yang bertanggungjawab agar ia tidak berulang semula. Kesian anak-anak yang mahu menimba ilmu di sekolah. Jika perkara ini terjadi, siapakah individu yang perlu menanggung segala akibatnya? Sudah tentu pelajar itu sendiri. Sudahlah terlepas pembelajaran, terpaksa pula menanggung kesakitan dari kemalangan tersebut.

Sumber: Azira Aziz

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.