Connect with us

Keluarga

‘Ramas’ & ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai, Ini Teknik Yang Ramai Ibu Perlu Tahu

Published

on

Ramas ‘Perah Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai Ini Teknik Yang Ramai Ibu Perlu Tahu

‘Ramas’ & ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai, Ini Teknik Yang Ramai Ibu Perlu Tahu

Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu.” tulisnya dalam salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan oleh kaum ibu.

“Ibu-ibu, mak-mak sekelian, ada tak yang macam saya?

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu kan?

,Merupakan ibu kepada anak empat, Alang Narzita berkongsi telah amalkan teknik ‘perah’ pampers selama 11 tahun, iaitu sejak anak yang pertama hinggalah anak ke-4 yang kini berusia 1 tahun 9 bulan.

petua lampin e1651389851687

JANGAN RISAU, IA TAKKAN BOCOR

Ada juga yang bertanya sama ada pampers akan menjadi bocor jika berbuat demikian. Jawapannya, sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis pampers memang direka dengan ciri ketahanan. Apapun, janganlah terlalu kasar pula ya.

INI SEBABNYA SAYA ‘RAMāS’ DAN ‘PERAH’ DULU PAMPERS ANAK SEBELUM PAKAI

Dah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramās manjā’ pampers kerana ia dapat melembutkan struktur pampers yang dah lama terlipat dalam pek.

Katanya, memang berbeza daripada pampers yang tidak diramas, kerana pampers baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.

Menurut komen, pampers jenis pants pun boleh dibuat begini. Bila anak pakai, tak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung bayi. Kulit anak pula mon.tok dan licin sebab ianya lebih lembut.

“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.

Rata-rata, ramai yang tertarik dengan petua ini dan tak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tak kurang juga yang dah lama mempraktikkannya juga dan amat berpuas hati dengan cara ini.

petua lampin 2

Sumber: Alang Narzita via Sirap Limau

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.