Kisah
Gigih Pengorbanan Seorang Ayah & Suami Cari Rezeki, Rider Bawa Anak Di Tengah Panas Demi Sesuap Nasi

Gigih Pengorbanan Seorang Ayah & Suami Cari Rezeki, Rider Bawa Anak Di Tengah Panas Demi Sesuap Nasi
Semua pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga, pastinya menginginkan sebuah kehidupan yang sempurna. Cukup makan, pakai, tempat tinggal serta mempunyai pendapatan yang tetap. Namun tidak semua yang kita inginkan itu, Allah kabulkan dan ia menjadi kenyataan. Manusia sesekali tidak akan pernah terlepas dengan ujian kehidupan di dunia. Artikel kali ini, kita telusuri kisah rider bawa anak di tengah panas demi mencari rezeki.
Rider bawa anak berumur setahun semasa bekerja
Rider bawa anak naik motor di tengah panas semasa menghantar makanan ke pelanggan. Kejadian ini bukan terjadi di luar negara tetapi di Malaysia sendiri. Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah akuan Tik Tok @abamskhai memaparkan seorang pekerja penghantar makanan terpaksa menunggang motosikal sambil mengendong bayinya yang baru berusia setahun untuk mencari rezeki.
Khairul Fazli, 42, seorang penjawat awam yang juga pemilik kepada akaun Tik Tok itu telah menjumpai Amirul (rider makanan) apabila mereka terserempak di Jalan Chan Sow Lin. Dia kemudian mengampiri Amirul dan bertanya lanjut mengenai situasinya.
Dia yang juga sedang menaiki motor berasa terkejut apabila dari jauh ternampak ada kaki kecil yang terjuntai ke bawah dari motor Amirul. Lantas, dia memotong motor berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat.
Apabil sudah dekat, barulah matanya lebih jelas. Rider bawa anak itu memegang handle motor dengan sebelah tangan, manakala tangan yang sebelah lagi digunakan untuk menutup kepala seorang bayi yang terkena panas matahari.
Tak semua orang mampu berkorban seperti ini
Puku 1.30 tengah hari, Khairul Fazli sempat meminta izin Amirul untuk berkongsi ceritanya ke Tik Tok. Niatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan mesej bahawa tidak semua orang mampu buat sepert Amirul.
Menerusi video berkenaan, rider bawa anak itu memaklumkan yang dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil dari perkahwinan. Seorang anaknya dijaga oleh nenek mereka, sedangkan yang lagi seorang bersekolah. Dia mengambil keputusan untuk membawa anak keluar mencari rezeki bersama sejak sebulan yang lalu kerana isteri perlu keluar bekerja.
“Isteri keluar kerja pukul sembilan, saya pun mula kerja seperti biasa. Kadang kala sampai petang cari rezeki kalau tidak hujan lambat sedikitlah pulang ke rumah,” jelas Amirul.
Sebelum keluar, anaknya akan diberi makan nasi terlebih dahulu dan hanya diberi susu apabila berada di rumah.
Di akhir video, Khairul yang merakamkan video tersebut juga berhajat untuk mengajar Amirul mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakas elektrik untuk menambah sumber ekonomi hidup mereka sekeluarga. Khairul sendiri merupakan seorang pembaiki mesin basuh dan peti ais.
Ebit Lew bantu Amirul, hadiahkan motosikal baru
Perkembangan terbaru yang kita perolehi, Amirul sudah pun dipertemukan dengan Ustaz Ebit Lew di Masjid Negara. Dia juga telah diberikan hadiah sebuah motor baru dan duit upah pengasuh untuk menjaga anak kecilnya itu sementara dia keluar bekerja.
Apa yang pasti tindakan rider bawa anak semasa bekerja bukanlah tindakan yang sengaja. Ini adalah realiti yang berlaku hari ini kepada semua masyarakat. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ditambah ekonomi yang tidak stabil, harga barang naik mendadak, lalu bagaimana nasib masyarakat tidak berkemampuan di luar sana meneruskan kehidupan jika tidak bekerja?
Sudahlah sara hidup mahal, kos bayar upah pengasuh pun mahal ketika ini. Ingin mengharapkan nenek kepada anak-anaknya ini menjaga setiap hari, dia sedar akan kesihatan yang kian susut bertambahnya usia. Jadi wajar jalan terakhir yang diambil adalah membawa anaknya bersama untuk mencari rezeki.
Tugas kita sebagai masyarakat adalah lebih prihatin dan peka dengan lingkungan kebajikan orang susah dan memerlukan di sekeliling kita. Bantu seadanya jika kita mampu. Jika tidak, permudahkan urusan mereka dengan seikhlas hati. Semoga kita menjadi masyarakat yang saling bantu-membantu dalam apa jua keadaan yang berlaku.
Sumber: Tik Tok Abamskhai
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













