Connect with us

Kisah

Tubuhkan Gerobok Rezeki Bantu Pelajar Susah Dari Ikat Perut, Guru Simpati Ikhlas Kongsi Rezeki

Published

on

gerobok rezeki bantu pelajar

Tubuhkan Gerobok Rezeki Bantu Pelajar Susah Dari Ikat Perut, Guru Simpati Ikhlas Kongsi Rezeki

Setiap orang ada ujian kehidupan yang berbeza-beza. Bermula dari anak kecil, remaja, dewasa, sehinggalah orang tua sekalipun tidak akan terlepas dengan cabaran yang menjadi pasang surut dalam kehidupannya. Namun apabila menyebut tentang pelajar yang terpaksa ikat perut di sekolah kereaa kemiskinan hidup keluarganya, ianya benar-benar menerbitkan rasa simpati yang tidak berbelah bahagi bagi seorang guru khususnya. Mereka berpenat lelah untuk mencari ilmu tetapi dalam masa yang sama terpaksa mengetepikan soal perut yang belum terisi. Lantaran itu, inisiatif gerobok rezeki bantu pelajar susah yang ditubuhkan guru ini tindakan yang patut dipuji dan dicontohi.

Bank makanan di sekolah, Gerobok Rezeki bantu pelajar susah

gerobok rezeki bantu pelajar

Sikap prihatin Adura Mohamad, guru di SMK Kampong Pasir Putih Lahat, Perak telah menjadi buah mulut ramai orang yang kagum dengan tindakannya untuk membantu pelajar-pelajar susah di tempatnya mengajar. Menubuhkan Gerobok Rezeki bantu pelajar susah adalah inisiatif yang diambilnya sendiri.

Gerobok rezeki menjadi bank makanan yang mengumpulkan makanan dan barangan dapur untuk membantu serba sedikit kesempitan hidup pelajar tersebut. Pertama kali dana dikumpulkan pada bulan Januari lalu dan setakat ini pihak sekolah telah mengumpulkan sebanyak RM5,000 daripada para penyumbang.

Bekalan makanan seperti beras, gula, sardin dalam tin, sos, tepung dan beberapa bahan yang lain akan dibekalkan setiap minggu untuk memastikan tujuan Gerobok Rezeki bantu pelajar susah ini terealisasi dengan jayanya. Bagi setiap kali barang yang dibeli, ia menelan belanja lebih kurang RM350 hingga RM400.

Bagaimana Gerobak Rezeki bantu pelajar susah?

Selain bekalan barangan yang ditambah setiap minggu. Bekalan ini juga akan diletakkan pada rak terbuka bagi membolehkan setiap pelajar yang betul-betul memerlukan menikmati bantun kecil ini. Mereka dibenarkan untuk mengambil sebanyak 4 jenis item untuk dibawa pulang dan dimasak bersama keluarga.

Gerobok rezeki ibaratnya seperti kedai runcit yang beroperasi tanpa had iaitu 24 jam sehari. Manfaatnya, mereka boleh mengambil makanan asas pada bila-bila masa sahaja apabila memerlukan.

gerobok rezeki bantu pelajar

Cetusan idea daripada rasa simpati sebagai pendidik

Menurut Cikgu Adura, Gerobok rezeki ditubuhkan selepas dia merasakan sesuatu yang tidak kena apabila melihat sesetengah pelajarnya tidak makan ketika waktu rehat. Apabila ditanya mengapa? Alasan yang diberikan oleh pelajar ini memang sangat tidak memuaskan hati.

Mereka beralasan sudah pun kenyang kerana sudah bersarapan di rumah sebelum itu. Namun sebagai guru, Cikgu Adura lebih mengenali setiap seorang anak muridnya.

Sempat juga dia bertanya kepada mereka sama ada mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin atau tidak. Kebanyakkan daripada mereka hanya memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Dengan reaksi yang diterima, tahu benarlah Cikgu Adura apa yang sedang mereka hadapi saat itu.

gerobok rezeki bantu pelajar

“Kami harap dengan adanya inisiatif sebegini, maka pelajar kami tidak akan berlapar ketika sedang belajar. Agak sukar untuk fokus di dalam kelas dalam keadaan perut kosong,” jelas Cikgu Adura.

Dikesempatan itu juga, pihak sekolah sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah lagi inisiatif bantuan lain iaitu “bundle mini”. Bundle mini akan berfungsi untuk menempatkan barangan, pakaian, dan kasut terpakai khas untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

Seorang guru memegang tanggungjawan bukan sahaja untuk mendidik tetapi juga dengan menyediakan laluan yang lancar untuk mereka menuntut ilmu. Tidak mungkin ilmu dapat diserap apabila kita dalam keadaan tidak bersedia dan kelaparan. Fokus akan mudah terganggu dek kerana menahan lapar sejak tadi.

gerobok rezeki bantu pelajar

Lantaran dari usah berani yang dilakukan oleh Cikgu Adura ini telah membuka mata ramai pendidik dan masyarakat lain untuk mempraktikkan amalan ini. Banyak sekolah dan pusat pengajian yang menyediakan bentuk inisiatfif yang sama dan tujuan yang serupa.

Semoga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat memberikan kebahagiaan buat mereka. Sesungguhnya sedekah yang paling baik adalah memberi orang lain makan. Biarpun sedekah itu kecil, kebaikannya cukup besar di sisi Allah dan mempunyai gandaan pahala yang tertentu untuk si pelaku.

Sumber: Era Baru

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending