Connect with us

Kisah

Anak Dan Bapa Graduasi Sarung Jubah Convo Sama-Sama, Memang “Rare” Jadi Rakan Sekelas Duduk Dalam Kelas Yang Sama

Avatar of hannani juhari

Published

on

anak dan bapa graduasi

Anak Dan Bapa Graduasi Sarung Jubah Convo Sama-Sama, Memang “Rare” Jadi Rakan Sekelas Duduk Dalam Kelas Yang Sama

Momen bergraduasi adalah detik yang sangat bermakna buat semua mahasiswa dan mahasiswa yang sudah melalui payahnya menuntut ilmu. Disitulah tersematnya memori indah bersama rakan sekuliah. Berbeza pula dengan kisah yang satu ini, bila mana anak dan bapa graduasi sama-sama dan jadi rakan sekelas selama menuntut pengajian di salah sebuah institusi kemahiran di ibu kota.

“Bapaku, rakan sekelasku jua,” sarung jubah bersama anak dan bapa graduasi

anak dan bapa graduasi

Pasangan anak beranak, Siti Zulaika Mohamad Sakroji, 20, dan bapanya, Mohamad Sakroji Abbas, 61 membina kenangan cukup bermakna dan unik apabila diraikan dalam sebuah Majlis Graduasi GiatMara Kota Raja, Selangor yang diadakan di Management and Science University (MSU). Anak dan bapa graduasi ini telah mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual. Apa yang menariknya, mereka bukan sahaja menuntut dalam pusat pengajian dan bidang yang sama, tetapi juga menjadi rakan sekelas sejak beberapa tahun yang lalu.

Idea untuk menjadi rakan sekelas ini bukanlah dirancang tetapi semuanya terjadi secara spontan. Mohamad Sakroji yang pada mulanya hanya berniat untuk menghantar anaknya belajar tiba-tiba tergerak hati untuk sama-sama mendaftarkan diri sekali ketika tahun 2019 dulu.

Namun sedar umurnya agak lanjut untuk menjadi salah seorang pelajar, dia sempat berseloroh dan bertanya, “Bolehkah umur macam saya ini memohon untuk jadi pelatih juga?”

Selepas dimaklumkan yang untuk menjadi pelatih, tiada halangan dan had umur yang ditetapkan, ditambah dia sendiri sangat berminat dengan jurusan itu, maka Mohamad Sakroji mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian dari pelajar di sana.

Banyak upload video kuliah agama dalam Youtube

Anak beranak ini tinggal dan menetap di Selangor juga iaitu di Taman Putra Perdana, Puchong. Selain sibuk menghadiri kuliah dan menyiapkan kerja kursus, Mohamad Sakroji tidak ketinggalan dalam mengejar era moden serta mempunyai media sosial sendiri.

anak dan bapa graduasi

Dia yang mempunyai akaun YouTube peribadi banyak memuat naik video-video berkaitan kuliah agama dan ilmu yang bermanfaat untuk disampaikan kepada masyarakat umum.

Dari maklumat yang diterima, bapa kepada Siti Zulaika ini adalah pesara kerajaan yang ketika ini bekerja sendiri selain mengambil kerja sambilan sebagai juruvideo di majlis perkahwinan.

Pelajar muda banyak membantu dalam pelajaran

Tidak dinafikan sama sekali bahawa proses dalam menuntut ilmu itu bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia memakan masa yang banyak malah sehingga akhir hayat. Namun, adanya pelajar yang muda dan masih cerdas menerima pelajaran mereka banyak membantu Mohamad Sakroji sekiranya tidak faham dalam sesuatu pembelajaran.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana banyak mengajar saya yang sudah berumur ini.

“Proses pembelajaran itu agak memakan masa tapi dengan adanya pelajar yang berusia muda, mereka bantu saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Siti Zulaikha turut memberikan khabar gembira apabila dia mahu melanjutkan pengajian dalam bidang animasi selepas tamat pengajiannya di GiatMara. Walaupun begitu, keizinan dan restu dari seorang ayah amat dia inginkan sebelum membuat apa-apa keputusan yang besar.

anak dan bapa graduasi

“Saya memang terfikir untuk sambung belajar, tapi perlu minta izin kepada ayah dulu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Majlis Graduasi yang diadakan, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Datuk Jabar Azman Jaafar berkata, seramai 2,380 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Selangor bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

GiatMara Malaysia di Selangor sendiri meraikan seramai 843 graduan dalam pelbagai bidang pengajian bagi tahun ini.

Kisah anak dan bapa graduasi bersama ini mengajar kita bahawa ilmu tidak mempunyai sempadan dan tempoh masa untuk dipelajari. Tiada halangan untuk seseorang itu berjaya dan menempah kejayaan kerana halangan bagi seorang pencundang adalah dirinya sendiri.

Berkata Imam Syafie, menuntut ilmu memerlukan kombinasi dalam enam perkara yang utama. Jika ada yang enam ini maka, jadilah dia seorang manusia. Enam perkara itu adalah kecerdasan, semangat, kesungguhan, kemampuan, bimbingan (guru), dan istiqamah tanpa mengenal erti putus asa.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.