SEMASA
Waktu Kerja Yang Fleksibel Jadi Pilihan, Orang Muda Lebih “Rancak” Buat Duit Sendiri Dari Makan Gaji

Waktu Kerja Yang Fleksibel Jadi Pilihan, Orang Muda Lebih “Rancak” Buat Duit Sendiri Dari Makan Gaji
Dulu, peralihan norma baru dari bekerja di pejabat kepada bekerja di rumah dapat kita lihat banyak berlaku perubahan yang ketara. Jika dulu masuk kerja terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan berjumpa dengan “ketua” yang asyik mahu kita ikut kehendak dia, dan belum lagi masalah di rumah lagi. Semuanya memang memerlukan perancangan yang rapi untuk atur dengan sebaik mungkin. Berbeza dengan bekerja di rumah, 24 jam kita di rumah dan perlu menguruskan rumah tangga dan kerjaya tanpa lekang sedikit pun mata ini dari melihat muka anak-anak dan suami. Mana lagi stress sebenarnya? Jika memilih kerja bermajikan tetapi secara gaya kerja hybrid kebanyakkan orang pasti tertekan. Inilah yang berlaku kepada cara kerja orang muda hari ini. Mereka gemarkan waktu kerja yang fleksibel tetapi dengan bekerja sendiri dan masih memiliki pendapatan lumayan setiap hari.
Keghairahan anak muda kejar waktu kerja yang fleksibal
Jika kita perasan dengan bermodalkan sebuah smartphone, kreativiti, akaun media sosial, dan usaha anak muda hari ini boleh menjana pendapatan dengan mudah. Oleh kerana prospek kerjaya yang berubah oleh minat dan permintaan, banyak juga pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada rider makanan dalam talian (p-panggilan) contohnya dengan waktu kerja yang fleksibal.
Secara dasarnya, pekerja ekonomi gig ataupun freelance tidak akan terikat sama sekali dengan sistem bermajikan, biarpun mereka digelar freelance sepenuh masa atau “rider” bergaji tetap. Tujuan utama mereka menceburi ekonomi gig adalah untuk meraih pendapatan tambahan dan mempunyai kebebasan membentuk masa depan sendiri dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Dengan majikan, kita terikat. Nak ambil cuti sakit pun kena fikir orang akan ganti tempat kita. Agak susah sikit (kerja bermajikan) berbanding penghantar makanan gig.”
“Bekerja sebagai penghantar makanan, waktu memang fleksibel. Kalau ada kecemasan, kita boleh terus berhenti (sekejap), lepas itu kalau nak sambung kerja balik pun boleh. Tak terikat pun.”
Hakikatnya, walaupun bekerja sendiri kita mempunyai risiko yang besar menanti. Namun apa yang diinginkan adalah tanpa terikat kepada terma kerja tetap atau mempunyai kelulusan pendidikan tinggi.
Dengan menjadi sebahagian dari segmen penting dalam ekonomi gig negara ini sahaja, anak muda mampu meraih pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM7,000 walaupun berkelulusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).
Kelebihan jadual waktu kerja yang fleksibal
Dengan adanya jadual waktu kerja yang fleksibal atau bekerja sendiri ini, kita akan memperoleh banyak manfaat. Antaranya seperti:
- Fleksibiliti untuk memenuhi keperluan keluarga, kewajipan peribadi, dan tanggungjawab hidup dengan mudah.
- Mengurangkan penggunaan masa perjalanan pekerja dan kos bahan bakar.
- Mengelak lalu lintas dan tekanan perjalanan semasa waktu sibuk.
- Peningkatan perasaan kawalan peribadi terhadap jadual dan persekitaran kerja.
- Mengurangkan kebakaran pekerja kerana beban kerja.
- Membolehkan orang untuk bekerja apabila mereka mencapai yang paling, berasa segar, dan menikmati bekerja.
- Bergantung pada jadual kerja yang fleksibel yang dipilih, mungkin mengurangkan waktu penjagaan kanak-kanak dan kos luar.
Kalau nak kaya jangan duduk di pejabat, explore kerja dalam platform terkenal
Youtube, Facebook, dan Tik Tok adalah contoh platform yang hangat ketika ini melahirkan ramai millionaire dan sangat terkenal di seluruh dunia. Medium yang kita jadikan tempat mencari segala maklumat dan merehatkan minda dengan menonton pelbagai video menarik di alam maya sememangnya mampu menjana pendapatan dalam mata wang dollar yang berkali ganda nilainya apabila ditukar dengan Ringgit Malaysia.
Ramai content creator telah berjaya menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan buat konten di media sosial sahaja. Malah, ada antara mereka yang sudah menjadi kaya raya dengan hanya buat video di Youtube seperti Syahmi Sazli, Zukie Mohamad, Isa Isarb, Nur Amira Shahira, Alieff Irfan, dan sebagainya.
Kesimpulannya, bekerjalah apa sahaja yang penting halal dan baik untuk menjana pendapatan kita setiap bulan. Tidak ada halangan untuk kita berjaya setanding orang lain kerana pucuk pangkalnya kita sendirilah yang perlu berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Sumber: Free Malaysia Today
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah

















