Connect with us

Kisah

18 Tahun Suami Jaga Isteri Sakit Setia Berkorban Apa Sahaja, Rindu Isteri Koma Panggil “Abang”

Avatar of hannani juhari

Published

on

suami jaga isteri sakit

18 Tahun Suami Jaga Isteri Sakit Setia Berkorban Apa Sahaja, Rindu Isteri Koma Panggil “Abang”

Mudah menyatakan cinta pada pasangan yang sempurna. Mudah juga berkasih dan sayang pada yang namanya pasangan bahagia. Namun tidak ramai yang mampu membuktikan kekuatan cinta sejati sehingga ke akhir nyawa. Bukan dari kata-kata yang menjanjikan itu dan ini, tetapi cukup dengan perbuatan yang menunjukkan segalanya. Suami jaga isteri sakit adalah pengorbanan yang sangat luar biasa. Kisah ini boleh menjadi inspirasi buat pasangan di luar sana.

Isteri koma selama 18 tahun, setianya suami jaga isteri sakit

suami jaga isteri sakit

Setiap pasangan yang berkahwin hanya mahu melakar cinta dan menjalankan tanggungjawab masing-masing suami dan isteri. Tiada siapa yang sangka bahagia yang ingin diraih rupanya menjanjikan juga ujian bersama. Isteri boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. Rosli Itam, 53 tahun setia menjadi suami jaga isteri sakit kepada Rusmahwati Wazir Mohamed, 50 tahun.

18 tahun isterinya koma sejak 2004 tahun yang lalu, bukanlah tempoh masa yang singkat. Bahkan bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu menjaga isterinya dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan. Dia beranggapan apa yang berlaku dalam rumah tangganya adalah sebuah rahmat yang tersendiri.

Punca koma isteri meracau selepas 3 bulan melahirkan anak keempat

Rushmahwati sebelum ini sihat sahaja dan tidak mempunyai sejarah penyakit yang kronik. Namun semuanya ini berlaku apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004. Ketika itu, isterinya baru  tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.

“Ketika ia berlaku, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang. Hanya pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan oleh jiran bahawa isteri meracau dan kemudian tidak sedarkan diri. Isteri lalu dihantar ke Hospital Ungku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Apabila saya tiba di hospital, doktor memberi tahu keadaan isteri sudah kritikal dan dia koma.

“Tambahan doktor yang bertanggungjawab merawat lagi, sebenarnya isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau juga dikenali sebagai hipoksia otak. Ia memerlukan masa yang sangat lama untuk kembali pulih atas bantuan rawatan fisioterapi setiap hari,” cerita Rosli Itam mengenai perkembangan kesihatan isterinya.

Apa itu hipoksia otak?

suami jaga isteri sakit

Hipoksia otak adalah keadaan di mana otak tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi. Otak yang sentiasa mengalirkan darah pada salurannya, akan digelar hipoksia otak apabila bekalan oksigen terputus.

Penyakit ini cukup berbahaya kerana boleh menyebabkan koma, sawan, dan mati otak.

Pelbagai ikhtiar, 50 kali buat rawatan tradisional & alternatif

Sungguhpun Rushmahwati mendapatkan rawatan secara terus di hospital, namun mereka tidak melupakan untuk berikhtiar rawatan tradisional dan alternatif lain. Bahkan sudah masuk 50 kali mereka mendapatkan rawatan tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung tetapi masih gagal untuk pulih.

Buat masa ini, isterinya itu hanya mampu mengisi perut dari minuman susu khas, Ensure Gold melalui tiub yang disalurkan pada hidungnya. Bantuan daripada beberapa jabatan kerajaan, badan-badan tertentu, dan wang pencennya sendiri digunakan sebaik mungkin untuk kos sara rawatan isteri, dan kehidupan mereka.

Cinta setia berjanji jaga sehingga akhir hayat

“Rindu nak dengar isteri panggil abang.” Itu sahaja yang diimpikan seorang suami jaga isteri sakit sehingga akhir hayat. Dia tidak menginginkan apa-apa namun cukup rindu untuk mendengar panggilan “abang” dari bibir si isteri seperti dulu.

“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa yang saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” kata Rosli Itam menahan sebak.

suami jaga isteri sakit

Inilah bukti sebenar sebuah cinta yang tulus dari hati. Dia tidak hadir kerana mengingankan harta benda di dunia. Dia tidak bersama untuk mendapatkan kemewahan segalanya. Dia tidak menagih sayang yang sekadar sementara. Dia juga tidak menginginkan terlerai sebuah ikatan suci hanya kerana lelah dengan ujian yang mendatang. Perlahan-lahan berpijak di bumi yang nyata.

“Aku suami yang menikahimu dengan akad nikah yang sah disaksikan ayah dan keluargamu. Berjanji untuk ada bersama tatkala susah dan senang. Dan aku tunaikan sehingga hari ini dan sehingga bila-bila. Sesungguhnya, cinta ini tidak pernah berkurang sejak pertama kali aku melafazkan kata-kata cinta buatmu, isteri.”

Sumber: Utusan Malaysia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU