Connect with us

Kisah

Genius! Saiful Nang Rare TV Tunjuk Bagaimana Penonton Tak Kira Bangsa & Agama Beri Harapan Baru Demi Masa Depan Generasi Melalui “Share” Youtube

Published

on

saiful nang rare tv

Genius! Saiful Nang Rare TV Tunjuk Bagaimana Penonton Tak Kira Bangsa & Agama Beri Harapan Baru Demi Masa Depan Generasi Melalui “Share” Youtube

Nama Saiful Nang sudah tidak asing lagi di Malaysia sebagai seorang jurugambar profesional yang cukup berpengaruh dalam industri kreatif. Bahkan, dia telah dianugerahkan juga oleh Mediacorp Asia sebagai jurugambar terbaik di asia, serta antara 20 usahawan berjaya dan kreatif di Malaysia. Setiap karyanya memberi impak dan sentuhan peribadi yang cukup memukau dan diingati sampai bila-bila. Saiful Nang Rare TV adalah satu jenama baru yang diasaskan beberapa tahun yang lalu sebagai sebuah vlog perkongsian travel santai. Apa yang menari tentangnya? Ikuti perkongsian ini selanjutnya.

Nukilan terima kasih, kerana jasa penonton Saiful Nang Rare TV terus berbakti pada komuniti

saiful nang rare tv

Baru-baru ini Saiful Nang Rare TV ada menulis coretan ucapan terima kasih atas segala jasa penonton dan subscriber yang telah mengikuti perjalanan vlog travelnya selama ini. Penonton yang tidak kira agama dan bangsa ini terus menjadi motivasi dan pemangkin untuk tenaga kerja Rare TV khususnya pengasasnya sendiri, Saiful Nang untuk meneruskan perjuangannya dalam jalan ini.

Secara umumnya, Rare TV diasaskan beberapa tahun lalu bersama sekumpulan traveler pelik. Rare TV ialah sebuah vlog perkongsian travel santai-santai sahaja. Sekumpulan travelers yang membentuk sebuah gergasi travel bernama Rarecation yang menjadi jenama travel “Experience Based Traveling” di Asia. Pengisian yang dikongsia adalah seperti flight review, hotel review, travel review, travelog sehingga ke makan-makan semasa travel.

Apa yang sangat mengujakan adalah setiap video yang dimuat naik dalam Rare TV ianya mempunyai capaian kualiti video sehingga 4K yang mana cukup indah dan bagi yang menontonnya dalam skrin besar, seakan-akan kita juga turut berada di sana.

saiful nang rare tv

Statistik pencapaian Rare TV

  • RM171,459.04 – terkumpul sehingga kini dari hasil keuntungan iklan dari Youtube.
  • RM4 juta lebih – hasil keuntungan dari langganan Rarecation setiap tahun dari Rare TV.
  • 10 ekar lebih tanah– dibeli dari hasil keseluruhan Rare TV dan kini digunakan untuk projek wakaf pertanian di Negeri Sembilan. Ia melibatkan pertanian, penternakan, pertanian organik, dusun, dan agro tourism.
  • RM0 – dibayar kepada host Rare TV yang menjadi muka depan channel ini.
  • 250 orang anak yatim dan asnaf warga prihatin – dapat saraan dari Rare TV dan rarecation setiap bulan sepanjang tahun.
  • Editor – hanya dua orang editor sepenuh masa yang diperlukan.
  • RM400,000 lebih penajaan – telah diterima sepanjang Rare TV ini wujud.

saiful nang rare tv

Rarecation Travel milik penuh badan kebajikan asnaf

Selain itu, Rare TV juga menggunakan kos pemasaran Rarecation Travel Sdn. Bhd yang banyak disalurkan dulu kepada iklan Facebook, dialih kepada kegunaan pembangunan konten Saiful Nang Rare TV.

Percaturan ini memang sangat menjimatkan kos pemasaran Rarecation Travel sendiri yang juga milik penuh badan kebajikan asnaf. Mereka tidak meminta-minta bantuan atau derma simpati tetapi berusaha dalam berniaga pada persaingan pasaran biasa. Justeru itu, Saiful Nang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menonton Rare TV selama ini.

“Terima kasih, banyak.”

Seru penonton terus “like, komen dan share” sebagai sumbangan ke tabung asnaf dan anak yatim

saiful nang rare tv

Menerusi hantaran coretan itu juga, dia sempat menyeru kepada orang ramai dan para penonton di luar sana untuk terus menyalurkan sumbangan menerusi kiriman “like, komen, dan share” untuk disalurkan kepada tabung asnaf dan anak yatim.

1. Klik, like, komen, dan  tanda “thumbs up” untuk meningkatkan algorithm Youtube terus dikenali.

2. Klik share dan kongsikan video vlog Rare TV dalam kumpulan WhatsApp atau akuan Facebook masing-masing. Boleh gunakan kapsyen, “Berbaloi channel Rare TV memang channel wajib subscribe.”

saiful nang rare tv

3. Klik join butang membership untuk menjadi rakan setia Rare TV.

Lagi banyak penonton share, lagi banyak subscriber baru yang singgah dan subscribe channel Youtube Rare TV. Itu bermakna semakin ramai penaja yang tahu kehadiran Rare TV dan berminat untuk menaja. Bila banyak yang menaja, maka semakin tinggi juga dana bagi pembangunan asnaf dan anak yatim tanpa perlu angkat tabung dan mengemis.

saiful nang rare tv

Apa tunggu lagi, jom kita menonton sambil menderma! Bukan derma duit atau barang, hanya “like, komen & share” sahaja. Jika kita tidak mampu membantu mereka yang memerlukan di luar sana, kita bantulah insan-insan yang berusaha untuk membantu mereka agar semua orang boleh hidup dalam keadaan yang selayaknya.

Sumber: Youtube Rare TV

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending