Kisah
Lelaki Melayu Layan Pak Cik Cina Macam Atok Sendiri, Setahun Beri Sedekah Makan Pada Orang Tua Itu
Lelaki Melayu Layan Pak Cik Cina Macam Atok Sendiri, Setahun Beri Sedekah Makan Pada Orang Tua Itu
Bersedekah bukannya bila kaya atau mampu, tetapi bersedekah sehingga kaya dan ikhlas tanpa mengira siapa. Sungguh besar nikmat sedekah makan pada orang lain. Bila seseorang beri sedekah dan dia tahu bahawa sedekahnya sampai kepada Allah dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya. Sedakah adalah salah satu pintu untuk menuju ke syurga Allah SWT.
Setahun kenal Pak Cik Cina, lelaki Melayu ini ikhlas sedekah makan pada orang tua tersebut
Perkongsian dari sebuah video yang dimuat naik oleh Muhammad Shahideen ini membuka kita kepada sebuah lembaran makna kasih sayang yang sangat erat di antara orang tua dan anak muda, dan keikhlasan dalam berbuat kebaikan sehingga mengetepikan soal agama dan bangsa. Sedekah makan pada orang tua yang dikenalinya sejak setahun yang lalu, lelaki Melayu ini tidak kekok melayaninya seperti atok sendiri.
“Setiap gurauan ada cerita yang orang tidak tahu, uncle dengan aku dah dekat setahun kenal. Hanya aku dan Allah SWT yang tahu jalan cerita aku dengan uncle. Walaupun dia berbangsa Cina, aku anggap dia macam atok aku sendiri. Moga sihat selalu uncle dan dipanjangkan umur. Amin.”
Itu adalah kepsyen yang sempat diselitkan dalam kiriman video berkenaan. Video yang mendapat 18K views, 4.7k likes, dan 236 komen ini juga telah mendapat perhatian semua lapisan masyarakat tidak kira umur, dan bangsa. Rata-rata mengucapkan rasa terima kasih dan mendoakan mereka berdua memperoleh kebaikan oleh Tuhan.
Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki Melayu ini sudah menyiapkan sepiring nasi goreng dan air kotak di atas meja sambil menunggu Pak Cik Cina tersebut. Nampak sahaja kelibat Pak Cik Cina itu, dia terus memanggilnya untuk datang makan. Pak Cik menghampiri meja lalu melihat rezeki sedekah yang ada.
“Mungkin dia cakap dia pergi tempat solat.” Walaupun tidak faham secara tepat apa yang diberitahu oleh Pak Cik Cina itu tetapi melihat kepada reaksi dan perbuatannya, mungkin dia mahu memberitahu yang dia baru sahaja pulang dari tempat sembahyang.
Bergurau senda seorang cucu, Pak Cik Cina merajuk sebab air habis
Sedang Pak Cik itu sedang enak menjamah nasi goreng biasa yang dihidangkan, lelaki Melayu itu mula bergurau dengannya.
“Mana air uncle?”
“Eh, air uncle dah habis ni,” ujarnya sambil mengoncang air kotak di hadapan pak cik tersebut menandakan ia benar-benar kosong tidak berisi.
Tidak berapa lama kemudian, Pak Cik Cina itu terus berpaling ke belakang dan memeluk tubuhnya seakan-akan merajuk.
Maka bermulalah aksi pujuk memujuk yang begitu mencuit hati. Tidak mahu terlalu lama membiarkan dalam kesedihan, lelaki Melayu itu terus ke belakang dan mengantikan air kotak yang baru.
Dapat sahaja air kotak yang baru dan belum dibuka, Pak Cik Cina itu terus menyambarnya dan cuba untuk membuka dengan tangannya yang lemah. Walaupun ditawarkan bantuan, namun dia cuba berkali-kali untuk buka. Sehinggalah akhirnya dia meminta sendiri lelaki Melayu tersebut untuk buka air kota berkenaan.
Diakhir video berkenaan, lelaki Melayu dan Pak Cik Cina itu “berjabat tangan” dengan cara mereka sendiri menandakan bukti betapa erat perhubungan kasih sayang antara dua bangsa yang mereka telah semai sejak setahun yang lalu.
Apa yang dipaparkan dalam video ini walaupun hanya berdurasi selama 2 minit 30 saat, pengajarannya begitu besar kepada semua manusia tidak kira siapa. Rasa empati, kasih sayang, keikhlasan, tanggungjawab, dan berbudi bahasa banyak diajarkan oleh lelaki Melayu ini kepada kita agar tidak memandang remah soal beri sedekah makan pada orang lain dengan tidak memandang siapa yang kita sedekahkan.
Masing-masing ada cerita yang berbeza. Perjalanan hidup dan liku ujian yang berbeza. Dari keluarga dan kepercayaan yang berbeza. Lahir dari dua generasi yang juga berbeza. Tetapi mereka bersatu atas nama sebuah cinta dan saling mencintai dari kebaikan yang dibuat dan rasa terima kasih yang tidak terhingga.
“Terima kasih kerana masih memperdulikan aku yang tua ini…”
Sumber: Facebook Muhammad Shahideen
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.