Keluarga
Baby Asyik Menangis Nak Berkepit Dengan Parents 24 Jam? Ini Tips Urus Anak Minta Dukung Yang Mudah
Baby Asyik Menangis Nak Berkepit Dengan Parents 24 Jam? Ini Tips Urus Anak Minta Dukung Yang Mudah
Membesarkan anak-anak tugas utama ibu bapa dan ianya memang tidak mudah. Bergelar sahaja pasangan suami isteri, sebenarnya kita sudah menggalas tanggungjawab itu tanpa kita perasan walaupun belum lagi dikurniakan cahaya mata. Pengalaman yang dilalui setiap ibu bapa dalam membesarkan anak adalah fasa yang cukup mengamit memori dan mendewasakan kita. Ia berbeza-beza setiap satunya, ada yang rumit sehingga anak tidak mahu berenggang sedikit pun. Bagaimana mengurus situasi di mana anak terlalu manja dengan ibu bapa mahu berkepit 24 jam? Artikel kali ini akan berkongsi tips urus anak minta dukung khusus kepada ibu bapa muda di luar sana.
Anak susah berenggang mungkin ada separation axiety
Kalau korang ada anak dalam lingkungan umur 6 bulan ke 3 tahun, better korang ambil tahu pasal 'separation anxiety' ni. pic.twitter.com/ZKpnrufB53
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) June 21, 2021
Dari sebuah ciapan yang dimuat naik di Twitter oleh seorang doktor dikenali sebagai Dr Ahmad Luqman Bukhari berkata anak yang asyik melekat dan tidak mahu berpisah dipanggil sebagai “Separation Axiety”. Ia banyak terjadi pada anak kecil dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 3 tahun.
Perkara ini normal berlaku oleh kerana sudah wujudnya ikatan antara ibu bapa dan anak-anak. Tidak hairanlah, bukan sahaja anak kecil tetapi yang sudah bersekolah juga akan menghadapi masalah yang sama. Apa yang boleh kita lakukan adalah “tackle” semula perasaan excited dan takut dalam masa yang sama.
Ciri high need, 5 tips urus anak minta dukung
Anak yang selalu minta dipeluk ibu 24 jam, sikit-sikit tukar lampir bila nampak muka orang lain pun menangis, dipanggil sebagai anak yang mempunyai ciri high need. Bayi dalam kategori ini akan kerap menangis lebih dari biasa. Jangan haraplah anak akan beri peluang untuk ibu berenggang dengannya. Ini tips urus anak minta dukung dari dua ibu muda iaitu Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif yang sesuai untuk anda praktikkan.
1. Belajar cara pujuk anak
Cara terbaik yang pertama untuk atasi bayi high need adalah belajar untuk pujuk anak. Perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks. Contonya, kita boleh dukung dan pujuk anak dengan bawa dia berjalan-jalan di sekeliling rumah.
2. Jangan rasa bersalah ketika manjakan anak
Sebagai ibu bapa, buang rasa bersalah jauh-jauh ketika manjakan anak. Kalau dirasakan dengan mendukung anak, ia boleh membuatkan anak berhenti menangis maka dukunglah. Memang letih setiap kali anak yang manja inginkan perhatian selalu, namun itulah kesabaran yang perlu kita pupuk dalam diri.
Anak yang ditinggalkan seharian dengan pengasuh, sudah tentu bila pulang mahukan perhatian manja bersama ibu bapa. Sekiranya kita perlu mengalihkan perhatian anak seketika, cari aktiviti untuk alih fokus anak agar terus tenang. Contohnya tinggalkan anak bersama mainan kegemarannya atau barang peribadi ibu yang mempunyai kaitan sentimental dengan anak.
3. Beri ruang untuk minta pertolongan
Tips urus anak minta dukung yang ketiga adalah buang rasa malu untuk minta pertolongan orang. Ada suami, minta pertolongan suami. Jika suami bekerja atau terpaksa berjauhan, minta bantuan keluarga terdekat seperti ibu bapa.
Ibu bapa kita kadang-kala lebih berpengalaman dalam menenangkan anak yang mudah manja. Apa yang menjadikan kita stress adalah kita merasakan anak adalah tanggungjawab kita seorang sehingga tidak mahu memberikan ruang pertolongan itu berlaku.
4. Suami, please mainkan peranan!
Suami isteri, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi anak yang tidak boleh berenggang. Suami atau bapa sepatutnya menjadi insan nombor satu sebagai tulang belakang seorang ibu.
Saling faham-memahami dan bertolak ansur untuk memandikan anak, menyuapkan makanan, dan menidurkannya. Bagi suri rumah tangga, suami perlu wujudkan “me time” bagi isteri mungkin sehari dalam seminggu. Cara ini berkesan untuk para isteri hilangkan stress dan melepaskan penat seharian menguruskan keluarga.
5. It’s okay, semuanya akan berakhir!
Jangan panik, jika anak memekik sampai hendak runtuh rumah. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan, bertenang, dan sabar. Semua ini akan berakhir seiringnya bertambah usia anak. Ibu bapa jangan putus asa. Jom kita harungi pengalaman ini bersama-sama.
Sumber: Hello Doktor
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.