Keluarga
“Biar Adil Adik Beradik Tak Culas! Wanita Ini Bagi Idea Kongsi Cara Giliran Jaga Ibu Ayah Tua
“Biar Adil Adik Beradik Tak Culas! Wanita Ini Bagi Idea Kongsi Cara Giliran Jaga Ibu Ayah Tua
Waktu terus bergerak dari satu masa ke satu masa, umur tidak selamanya muda, tubuh tidak selalunya kuat bertenaga. Rambut yang hitam mula memutih dengan uban dan kulit yang tegang mula kelihatan berkedut. Itulah kitaran manusia yang akan dilalui oleh setiap orang. Ibu ayah yang dulu membesarkan kita akan tua juga dan kita sebagai anak perlulah menggalas tanggungjawab jaga ibu ayah tua. Namun begitu, kesibukan anak-anak hari ini kadang kala akan menolak tanggungjawab itu kepada adik beradik yang lain sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan ketegangan dalam keluarga.
Sistem gilir jaga ibu ayah tua, wanita ini mendapat sokongan ramai
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Arni Suhaila Rahmat meluahkan rasa terbuku di hatinya di media sosial. Katanya dengan jelas,
“Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa. Tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu ayah telah semakin tua. Saya ada lima adik, saya anak kedua. Kakak sudah meninggal dunia. Apabila ramai adik beradik maka wajib ada sistem peraturan yang tidak membebankan antara satu sama lain. Saya cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami.
Apabila ayah dan emak memerlukan bantuan, jika empunya giliran tidak boleh melakukannya maka beliau wajib membayar ‘gaji’ kepada ahli yang sanggup ambil giliran.”
“Berjalan boleh, jaga mak ayah tak mahu” adik beradik suka bagi alasan
Jaga mak ayah tua perlukan perhatian yang rapi. Kita perlu sedar, mak ayah sudah tidak sama seperti dulu. Ada makan pakainya yang perlu kita ambil tahu, dan emosi serta perasaannya yang kita perlu jaga. Di usia yang tua ini, mereka akan cepat melenting, sensitif, dan sukar untuk difahami dengan cara kita. Jangan sampai terguris atau membuat mereka terkecil hati. Adanya sistem giliran ini tidak lain hanya untuk memastikan setiap anak dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama tanpa culas.
Setiap orang boleh sahaja memberikan sejuta alasan mengelak dari tanggungjawab mereka. Alasan biasa seperti sibuk bekerja, anak tiada orang jaga, kereta belum servis, belum dapat gaji, dan macam-macam lagi sering dilontarkan. Tanpa kita sedar insan yang kita elak itu adalah kedua ibu ayah sendiri.
Kebajikan mereka tanggungjawab kita bersama untuk menguruskannya. Selagi mana ibu ayah masih hidup, ladang pahala untuk anak-anak masih terbuka luas. Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau kedua-duanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Bagaimana sistem giliran ini bantu adik beradik?
Arni sempat menyatakan kekecewaannya, apabila dulu tidak membuat sistem giliran seperti ini, adik beradik yang bujang selalu ambil kesempatan. Dan akhirnya dia yang perlu mengalah untuk mengambil cuti emergency, sedangkan dia sendiri mempunyai komitmen hutang bulanan.
Justeru, penggiliran ini bukannya menunjukkan yang anak terlalu berkira untuk jaga ibu ayah tua sebaliknya bagi mengelak pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan.
“Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ daripada tanggungjawab! Bila ada sistem giliran begini, tidak keluar ayat. Asyik aku sahaja kena cuti bila ada hal emak ayah,” katanya.
Netizen ramai ambil contoh dan beri semangat kepada wanita ini
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan ramai warga maya yang memberikan sokongan kepada usaha wanita ini untuk menjaga ibu ayah tua dan dalam masa yang sama menjadi seorang kakak yang adil kepada adik-beradik lain.
“Jagalah ibu bapa dengan ikhlas. Yang lain tak mahu jaga sama, biarkan mereka. Pahala besar untuk kamu.”
“Dalam semua adik-beradik, Allah akan hantar seorang yang tunggu mak ayah bila tua.”
“Habis dah waktu aku berkhidmat buat ibu bapa aku. Baru hari ini aku dapat rasakan yang kejayaan itu bila mana ibu yang disayangi telah pergi.”
“Alhamdulillah dapat suami yang memahami dan izinkan saya jaga mak ayah.”
Kesimpulannya, setiap keluarga mempunyai konflik dalamannya tersendiri. Usaha wanita ini patut dipuji kerana dalam menjadi anak yang berbakti kepada orang tua, dia juga tidak mahu tali persaudaraan bersama adik-beradik lain tergugat oleh kerana rasa tidak adil dalam diri masing-masing. Diharapkan anak-anak di luar sana yang sedang berjuang menjaga mak ayah, diberikan kekuatan, kesabaran, dan dipermudahkan rezeki oleh Allah dari segenap ruang dan masa.
Aamiin…
Sumber: Arni Suhaila Rahmat
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah