Keluarga
Tiada Seorang Pun Suami Yang Muliakan Isteri Kecuali Hidupnya Akan Dimuliakan Allah, Isteri Cerminan Diri Suami

Tiada Seorang Pun Suami Yang Muliakan Isteri Kecuali Hidupnya Akan Dimuliakan Allah, Isteri Cerminan Diri Suami
Memberi bayangan bagaimana kehidupan dalam sebuah perkahwinan, bukanlah mudah sewaktu pasangan di fasa hangatnya percintaan atau pertunangan. Fasa perkahwinan adalah waktu dimana kita akan mengenali pasangan tanpa sempadan. Bila hidup berdua, tidur sekatil, dan makan semeja, barulah semua peribadi pasangan tertonjol secara semula jadi. Jangan terkejut karakter mereka sewaktu bercinta sangat berbeza selepas mendirikan rumah tangga. Namun ingatlah sentiasa bahawa suami dan isteri perlu saling memuliakan antara satu sama lain. Suami yang muliakan isteri, tidak ada yang lebih baik dari kehidupannya juga akan dimuliakan oleh Allah SWT.
Suami yang muliakan isteri rezeki akan terus melimpah
Berkongsi Tuan Haji Hushim Haji Salleh seorang pakar motivasi terkenal di Malaysia memberi penjelasan yang mendalam tentang konteks suami yang muliakan isteri. Tanggungjawab seorang suami dalam rumah tangga bukan sahaja memberikan perlindungan dan menyediakan segala keperluan buat isteri. Namun sebenarnya, dia juga perlu menghargai sebarang bentuk emosi dan perasaan isteri serta menghormatinya bagi memastikan keharmoniaan dalam rumah tangga.
Suami yang muliakan isteri secara tidak langsung juga akan menjemput rezeki masuk dalam kehidupan. Hal ini kerana, dari tindakan suami yang muliakan isteri, dia akan menyebabkan Allah SWT memuliakan dirinya juga.
Dalam masa yang sama tiada seorang pun suami yang menghina isterinya, kecuali Allah SWT juga akan menghina hidupnya. Buktikan jika kita mencintai isteri, maka muliakan dia di hadapan anak-anak, kaum keluarga, sahabat dan rakan, atau sesiapa sahaja.
Jangan biarkan ego kuasai rasa cinta
Lihatlah bagaimana para sahabat melayani isterinya. Saidina Umar Al-Khattab RA hanya terdiam ketika dileteri isterinya. Dan apabila ditanya oleh seorang lelaki tentang hal itu, jawapan Saidina Umar begitu mengejutkan.
“Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anak aku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku.”
Begitu hebat layanan suami yang muliakan isteri seperti Saidina Umar. Biarpun Saidina Umar sangat hebat dan digeruni oleh ramai orang sehinggakan kemarahannya diibaratkan seperti 1000 orang lelaki yang sedang marah. Namun dia sangat menghargai setiap layanan dan bakti seorang isteri.
Diamnya Umar tanda sayangnya dia kepada isteri. Tersenyumnya Umar mendengar isteri berleter adalah tanda dia faham dan menjadi pendengar setia. Kerana bebelan seorang isteri adalah cara mereka meluahkan perasaan.
Begitu juga dengan Rasulullah SAW yang sangat menjaga perasaan isteri lebih-lebih lagi baginda mengahwini Saidatina Aisyah di usia wanita itu masih muda. Jika figura lelaki-lelaki hebat ini juga melalui perkahwinan bersama isteri dengan rintangan dan ranjau yang sama seperti suami pada hari ini. Terpaksa mendengar leteran isteri, dan melalui fasa pasang surut dalam kehangatan rumah tangga, siapalah kita untuk terus membesarkan ego dan hak sebagai suami dalam perkahwinan?
Jika ibu tiket suami ke syurga, isteri adalah jambatan suami ke syurga
Islam sangat memuliakan dan meninggikan darjat seorang isteri dalam perkahwinan. Sehinggakan dalam harta suami, ada bahagian isteri yang dipanggil sumbangan tidak langsung. Sedangkan dalam harta isteri, tiada istilah sumbangan tidak langsung bagi suami.
Menurut seorang peguam syarie, Syazmee Sapian, sumbangan tidak langsung yang dimaksudkan itu boleh dianalogikan seperti ini.
Fatimah seorang suri rumah. Dia tidak bekerja dan tidak mampu memiliki harta. Dalam tempoh perkahwinan hanya si suami yang keluar bekerja dan Fatimah fokus untuk jaga dan menyiapkan segala kelengkapan anak-anak dan suaminya.
Asbab sumbangan Fatimah inilah yang menyebabkan suaminya boleh pergi ke kerja dengan baik dan membeli harta. Ini yang diistilahkan sebagai sumbangan tidak langsung.
Yakni bermakna Fatimah layak untuk menuntut harta-harta suaminya walaupun Fatimah tidak ada sumbangan menyumbang duit dalam harta suaminya. Begitu agama Islam ini sangat mengutamakan wanita dan memuliakannya.
Kesimpulannya, isteri adalah cerminan dari suami. Bagaimana suami melayaninya, begitulah juga yang akan dilakukan oleh isteri. Jika suami kasar melayani isteri, maka wujudlah sikap kasar isteri yang melayani suami. Begitu juga sebaliknya.
Sumber: Nasehat Pernikahan
Keluarga
Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur
Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.
Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.
Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.
Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan
Asas komunikasi bermula di sini
Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.
Ciri perkembangan normal:
Senyum sebagai tindak balas
Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”
Senyap atau senyum apabila diajak bercakap
Mengenali suara ibu dan ayah
Tangisan berbeza mengikut keperluan
Tips rangsangan:
Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi
Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi
Usap dan sikat rambut sambil menyusu
Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian
Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi
Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu
Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan
Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri
Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.
Ciri perkembangan normal:
Ketawa dengan bunyi
“Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”
Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara
Memandang ke arah bunyi
Mengenali mainan berbunyi
Fokus kepada muzik
Tips rangsangan:
Kerap ketawa dan berbual bersama bayi
Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami
Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)
Panggil nama bayi dari arah berbeza
Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya
Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan
Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan
Dari bunyi ke perkataan pertama
Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.
Ciri perkembangan normal:
Meniru bunyi
Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)
Faham arahan mudah seperti “datang sini”
Mengenali objek biasa seperti botol susu
Bergerak ke arah bunyi
Menggabungkan vokal dan konsonan
Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”
Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:
Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap
Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan
Panjangkan sebutan suku kata
Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut
Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan
Bersihkan mulut bayi secara berkala
Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan
Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar
Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba
Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”
Elakkan bercakap pelat dengan anak
Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat
Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen
Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.
Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:
Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap
Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)
Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia
Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.
Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?
Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.
Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:
Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)
Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan
Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi
Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.
Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja
Keluarga
“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM
Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.
Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.
Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.
Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil
Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.
Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.
@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz
Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM
Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.
Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun
Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.
Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.
Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.
Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.
@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim
Siapa sebenarnya Aina Afiqah?
Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A
Hafizah 30 juzuk al-Quran
Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024
Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun
Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun
Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.
Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.
Keluarga
Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.
Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.
Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah











