AGAMA
Amalan “Bismillah” Senang Bangun Pagi
“Bismillah” Senang Bangun Pagi Tanpa Guna Jam Loceng Supaya Allah Lapangkan Masa Boleh Baca Quran Pagi-pagi
Keletihan semasa mencari rezeki di siang hari sehinggakan dimalam hari kita terlalu nyenyak tidur dan selalu membuatkan kita susah untuk berjaga Subuh. Ramai yang bertanya, apakah petua untuk mudah bangun solat sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak.
Dalam satu perkongsian, telah ditemukan beberapa tip untuk mudah bangun tidur dan bersolat Subuh. Tip ini dikongsikan laman sosial fb Uwais Qorny.
Uwais Qorny adalah Guru Quran yang berpengalaman mengajar hampir setengah JUTA jiwa melalui program-program yang telah dilaksanakan. Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sains Politik, beliau mengembara ke pelusuk dunia untuk berguru dan mendalami ilmu Tajwid dan Qiraat daripada guru dan masyaeikh Quran secara bersanad.
Baca : Berpuluh-Puluh Tahun Hidup Tapi Tak Diterima Solat, Ini Sebabnya Yang Wajib Kita Ambil Tahu
Dengan berbekalkan ilmu yang telah dipelajari, Uwais Qorny pulang ke Malaysia dengan misi untuk menyampaikan ilmu Quran dengan cara yang mudah difahami. Beliau terus melatih dan merangka modul-modul training ilmu Quran secara berterusan agar ilmu yang dipelajari beliau memberi manfaat kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
Berguru Dengan Tokoh Al-Quran
Berguru dan bertalaqqi secara “direct” dengan lebih 3 Guru Quran.
Antaranya:
- Ustaz Saifuddin Mahlim (Abang Sarawak)
- Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih
- Sheikh Sayyid Ali Abd Majid Masri
- Sheikh Abdur Rahman Al-Azhari
- Sheikh Asyraf Hamid Al-Hasanain
- Sheikh Abdul Hakim Abd Latif
- K.H.M Basori Al-Indonesi
- Sheikh Nafi’ Al-Maghribi
- Sheikh Ahmad Isa Al-Meksarawi
Amalan “Bismillah” Senang Bangun Pagi.
- Baca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali sebelum tidur.
- kita niat kita hadiahkan/sedekah pahala baca bismillahirrahmanirrahim tersebut kepada ahli naubah.
Contoh niat ; “Ya Allah, Aku hadiahkan bacaan bismillahirrahmanirrahim ini kepada ahli naubah dengan keberkatan mereka, bangunkan aku pada pukul 4 pagi”
Video penuh Amalan “Bismillah” Senang Bangun Pagi tonton di sini :
Majalahilmu: Inilah sebahagian petua yang mungkin boleh membantu untuk bangun awal bagi menunaikan solat Subuh. Dengan izin Allah, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah SWT akan mempermudahkannya.
Semoga Bermanfaat.
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
Editor : Ferdaus mohamed untuk @majalahilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment