Connect with us

AGAMA

Cara Qada Solat Dengan Mudah

Published

on

cara qada solat

Cara Qada Solat Fardu

Sebagai seorang muslim, wajib untuk kita tahu bahawa apabila seseorang itu telah meninggalkan solat, wajib baginya untuk menggantikan atau qada solat fardhu itu dengan segera.

Kita juga dibenarkan untuk qada solat fardhu sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya. Nah, cuba kita renung, kita fikirkan sendiri, betapa pentingnya menggantikan solat di mata Allah SWT hinggakan kita boleh menggantikan solat yang tertinggal itu bila-bila waktu sahaja.

Macam mana pula kalau solat yang kita tertinggal tu dah berkurun lama? Macam mana pula kalau kita tidak ingat sudah tertinggal berapa kali?

Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang pernah meninggalkan solat bertahun-tahun yang lepas, ketika zaman remaja yang lalu mahupun ketika zaman kita lalai dahulu, makanya wajib menggantikannya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan kita.

Baca juga : Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.

Bagaimanakah Cara Qada Solat ?

Setiap kali selesai solat fardhu, kita solat sekali lagi dengan niat solat qada pula bagi menggantikan solat yang tertinggal untuk waktu tersebut.

Contohnya, selesai solat fardhu Zohor, kita solat semula dengan niat qada solat fardhu zohor. Kita boleh lakukan solat qada ini sama ada menggantikan satu waktu sahaja atau pun dua waktu terus atau mengikut kemampuan kita sendiri.

Niat Qada Solat

Bagaimanakah niat untuk qada solat?

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:

Niat qada solat rumi Subuh :

cara qada solat

Niat qada solat rumi Maghrib :

Cara Qada Solat

Niat qada solat rumi Isyak :

cara qada solat

Niat qada solat rumi Zuhur :

cara qada solat

Niat qada solat rumi Asar :

Niat Qada Solat Asar

Cara Qada Solat : HUKUM QADA SOLAT – DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Majalahilmu: Kita teruskan praktis cara ini sehinggalah kita yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti. Insyaallah. Semoga membantu.

Cara Qada Solat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Advertisement
2 Comments

2 Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.