Connect with us

AGAMA

Hukum zakat i-sinar Ke Atas Pengeluaran.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Hukum zakat i sinar Ke Atas Pengeluara

I-SINAR Dan I-LESTARI : Hukum Zakat Ke Atas Pengeluaran.

Hukum pembayaran zakat bagi pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Lestari dan i-Sinar adalah wajib bagi individu mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung diri dan tanggungan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi mereka yang berkemampuan tetapi memilih melakukan pengeluaran wang KWSP, zakat diwajibkan ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan.

“Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas darurat.

“Oleh itu, ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor,” jelas LZS dalam satu hebahan di laman media sosialnya.

LZS

Menurut LZS, berdasarkan fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun menyatakan bahawa zakat wajib ke atas jumlah KWSP yang dikeluarkan.

155324065 10159047699916221 4752032676555050619 o

Bagaimanapun, LZS memaklumkan zakat tidak diwajibkan bagi pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejas sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat penularan COVID-19. – AlHijrah Online

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.