AGAMA
Hafal maksud bacaan dalam solat pasti rasa takut nak tinggal solat
Hafal maksud bacaan dalam solat pasti rasa takut nak tinggal solat.
Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin.
Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama.
Bagi pengalaman admin majalahilmu, Apabila kita hafal maksud solat, kita rasa lebih kelaztan solat itu. seolah-olah sayu dan betul-betul megharapkan keampunan dari Allah SWT kekhusyukkannya lain macam.. masyallah.. kalau para pembaca majalah ilmu tak percaya boleh cuba mulai fahami dahulu surah Al fatihah dan lain2 bacaan dalam solat. Insyallah kelazatan dan keindahan solat itu seringkali muncul pabila kita berdiri di sejadah ketika solat.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minun: 1-2)
Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat:
Pertama: Persediaan Untuk Solat
- Solat tepat pada waktu
- Membersihkan diri dan bersugi.
- Jangan solat jika makanan telah tersedia.
- Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.
- Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
- Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.
- Solat di tempat yang tiada gangguan.
- Berwudhu’ dengan sempurna.
Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat
- Azan dan iqamah.
- Dilakukan secara berjemaah
- Menghadirkan hati.
- Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati
- Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.
Ketiga: Ketika Dalam Solat.
- Memahami dan menghayati bacaan dalam solat
Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.
Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: “Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”
Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.
- Memahami fiqh solat dengan sempurna
- Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
- Mengagungkan allah swt
- Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
- Membaca doa yang sunnah dalam solat
- Menghadirkan hati ketika sujud.
Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.
- Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
- Tidak memikirkan hal keduniaan
- Mengurangkan pergerakaan tubuh.
- Tidak melihat ke langit.
- Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
- Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah.
Kalau faham maksud bacaan dalam solat pasti rasa takut nak tinggal solat :
Takbir :
Doa Iftitah :
Maksud Al-Fatihah :
Maksud bacaan rukuk :
Maksud Bacaan Semasa Sujud :
Maksud Tahhiyat Akhir :
Akhir sekali salam..
Majalahilmu: Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”
(Surah al-Ankabut: 69)
Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-‘Alamin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu’
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah