Connect with us

Kisah

Sedih! Pelajar Terpaksa Gadai Nyawa Meniti Paip, Rentas Sungai Deras Untuk Pergi Ke Sekolah

Avatar of Admin NP

Published

on

pelajar rentas sungai

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan pelajar sekolah rendah bersama penjaga merentasi aliran sungai yang sangat deras untuk pergi ke sekolah. Kejadian ini berlaku di Kampung Mansiang Baru Keningau, Sabah. 

pelajar rentas sungai

BACA JUGA: Guru Sebak Murid Jalan Seret Kaki, Rupa-Rupanya Ini Yang Terjadi…


Pelajar Rentas Sungai Deras Guna Paip

Pelajar yang lengkap berpakaian sekolah dilihat meniti paip berwarna biru yang digunakan sebagai jambatan untuk merentasi sungai yang sangat deras berikutan air pasang yang berlaku hampir setiap hari. 

Keadaan menyayat hati ini melibatkan nyawa pelajar-pelajar yang dipertaruhkan demi menuntut ilmu. 

Sebenarnya, keadaan ini tidak asing lagi lebih-lebih lagi buat penduduk di Sabah. Keadaan ini juga pernah berlaku di beberapa buah kampung sekitar Sabah yang lain. 

Hal ini sangat menyedihkan dan merisaukan ibu bapa serta penjaga yang sentiasa berhadapan pelbagai risiko ketika anak-anak mereka hendak pergi ke sekolah. 

Bukan itu sahaja, penduduk yang lain juga tidak mendapat hak mereka untuk mempunyai kemudahan sebagai rakyat Malaysia. 


Netizen Gesa Pihak Berwajib Ambil Peduli

Sehubungan dengan itu, video yang ditularkan oleh salah seorang penduduk mendapat perhatian ramai netizen yang menggesa agar pihak berwajib turun padang sendiri melihat kesusahan penduduk dan mengambil tindakan sewajarnya. 


Jambatan Gantung Akan Di Bina Segera – ADUN Tulid, Flovia Ng

pelajar rentas sungai

Berikutan video tular tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng telah memberitahu kemudahan jambatan buat penduduk di kampung itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Sebelum ini ada ‘Low River Crossing’ merentasi Sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika tahap normal. Cuma ia tidak dapat dilalui ketika banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembinaan jambatan gantung buat masyarakat di Kampung Mansiang Baru Keningau di Sabah akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Jawapan ini diberikan susulan daripada kekangan murid dari kampung itu yang terpaksa berhadapan dengan bahaya menyeberang sungai dengan berpaut pada batang paip besi yang licin untuk ke sekolah, seperti yang tular di media sosial.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.