Connect with us

Resepi Viral

Rendang Kacang Panjang: Sajian Unik yang Menyelerakan!

Published

on

rendang kacang panjang

Rendang Kacang Panjang: Sajian Unik yang Menyelerakan!

Rendang kacang panjang mungkin tidak diketahui oleh semua orang, tetapi ia merupakan hidangan yang enak dan unik dari Negeri Sembilan. Lauk ini boleh dijadikan alternatif yang menarik untuk mencuba citarasa rendang yang berbeza. Kalau sudah masak rendang kacang panjang, tak perlu lagi masak sayur, kerana kacang panjang ini sudah memadai sebagai hidangan yang lengkap.

rendang kacang panjang

 

 

Resepinya:

Bahan-bahan:
– Pedal, hati, isi ayam (pilihan)
– Kacang panjang
– Cili padi (untuk kepedasan)
– 3 biji bawang merah
– 4 ulas bawang putih
– 4 batang serai
– 1 inci lengkuas
– 1 inci halia
– 1 asam keping
– 1 kotak santan
– Serbuk kunyit (jika suka)
– Garam dan gula secukupnya
– 4 helai daun kunyit dihiris halus
– Minyak untuk menumis

rendang kacang panjang

 

Cara membuat:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, dan cili padi.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan hati, pedal, dan ayam (ikut yang anda digunakan)dan gaul rata.
4. Tambahkan asam keping dan tuangkan santan. Kacau sehingga naik minyak.
5. Masukkan kacang panjang dan gaul rata.
6. Tambahkan daun kunyit yang dihiris kemudian gaul sehingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata.

Rendang kacang panjang siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.