Connect with us

Resepi Viral

Jom buat puding koktel bersama sos kastard!

Published

on

puding koktel

Jom buat puding koktel bersama sos kastard!

puding koktel

Bahan-bahan Puding Koktel:
– 4 cawan air
– 15gm agar-agar tali (boleh guna serbuk)
– 1 kotak besar susu full cream (gunakan jenama pilihan anda atau boleh guna 4 tin susu tin cair)
– 3/4 cawan gula (ikut citarasa)
– 1/2 cawan susu pekat
– 1 tin besar koktel buah-buahan (termasuk airnya)
– Sedikit garam
– Sedikit esen vanilla
– 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan 2/4 cawan air)

Cara:
1. Didihkan 4 cawan air, masukkan agar-agar dan gula. Biarkan larut.
2. Masukkan susu full cream, susu pekat, dan koktel buah-buahan.
3. Tambahkan garam dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung kastard, kacau sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang basah terlebih dahulu.
6. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

puding koktel

Bahan-bahan Sos Kastard:
– 4 cawan air
– 1 kotak besar susu full cream (atau 4 tin susu tin cair)
– 3 sudu besar gula (ikut citarasa)
– 2/4 cawan susu pekat
– Sedikit garam
– 8 sudu besar tepung kastard

Cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Kacau secara berterusan di atas dapur sehingga pekat atau likat dan sos kastard siap untuk dinikmati!

puding koktel

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.