Resepi Viral
Rasai Kenikmatan Kuih Tepung Pasung yang Manis Berlemak dengan Cara Mudah Ini!
Rasai Kenikmatan Kuih Tepung Pasung yang Manis Berlemak dengan Cara Mudah Ini!
Pasti ramai yang merindui atau malah belum pernah mencuba kuih ini. Kuih tepung pasung memang semakin jarang dijumpai, entah dijual di mana atau dibuat oleh siapa. Jika terasa rindunya dan ingin mencuba, lebih baik membuat sendiri. Berminat? Ikuti langkah-langkah di bawah.
Berikut adalah resepi kuih tepung daun pisang yang pasti akan memikat selera anda:
Bahan lapisan bawah:
– 2 sudu gula pasir
– 1 keping setengah gula melaka
– 1 setengah cawan air
– 1 helai daun pandan wangi
– 40 gm tepung beras
– 20 gm tepung ubi
– 1 sudu teh air kapur
Bahan lapisan atas:
– 3 sudu besar tepung beras
– 1 sudu tepung gandum
– 1 setengah cawan santan sederhana pekat
– 1 sudu teh garam halus
– 1 sudu teh gula
– Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara membuat:
1. Bentukkan daun pisang seperti kon aiskrim.
2. Masak gula melaka, gula pasir, dan daun pandan hingga gula hancur, kemudian sejukkan.
3. Campurkan gula yang telah dimasak dengan bahan lapisan bawah yang selebihnya, kemudian masak hingga kental.
4. Masukkan adunan ke dalam daun pisang yang sudah dibentuk dan letakkan di dalam pengukus. Letakkan di dalam lubang pengukus agar kedudukannya tegak dan tidak jatuh kemudian kukus selama 5 minit.
5. Campurkan semua bahan untuk lapisan atas, kemudian masak hingga kental.
6. Tuangkan adunan ke dalam daun pisang yang telah diisi dengan lapisan bawah. Seterusnya, kukus lagi selama kira-kira 10 minit dengan api kecil. Pastikan kedudukan kuih semasa direbus adalah tegak agar tidak tumpah
7. Biarkan kuih tepung pasung sejuk sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba dan nikmati keenakan kuih tradisional ini!
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah