Resepi Viral
Puding Karamel Tanpa Telur: Nikmat, Mudah, dan Tidak Perlu Kukus!
Puding Karamel Tanpa Telur: Nikmat, Mudah, dan Tidak Perlu Kukus!
Puding karamel ini sangat popular, dengan rasa manis berlemak yang tiada tandingannya, terutama apabila dimakan selepas disimpan di dalam peti sejuk.
Tetapi, ada yang mungkin alah kepada telur atau tidak suka dengan baunya. Untuk itu, terdapat cara lain untuk menikmati puding karamel tanpa menggunakan telur. Yang lebih menarik, cara ini tidak memerlukan proses kukus, jadi anda tidak perlu mengeluarkan periuk kukus dari dalam dapur. Cuba cara ini!
Bahan-bahan puding:
– 1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
– 4 cawan air
– 1 tin susu cair
– 1 cawan susu pekat
– 3 sudu tepung kastard
– Sedikit esen vanila
Bahan-bahan Karamel:
– 3 sudu gula pasir
– 2 sudu air
Cara-cara:
1. Untuk membuat karamel, masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang perlahan. Biarkan gula cair sehingga berwarna keemasan, kemudian tutup api dan masukkan air lalu Gaul rata.
2. Tuangkan karamel yang telah siap ke dalam loyang dan ketepikan.
3. Untuk membuat puding, campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata.
4. Panaskan campuran ini di atas api besar, masak sehingga mendidih dan menjadi pekat.
5. Biarkan campuran puding suam sebentar, kemudian tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
6. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
7. Balikkan loyang ke atas pinggan dan potong puding. Sedia untuk dihidangkan.
Tip: Pastikan puding dimasak sehingga benar-benar mendidih dan kelihatan pekat.
Selamat mencuba!
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah