Connect with us

Resepi Viral

Kuih Puteri Ayu- Mudah Dibuat Sendiri di Rumah!

Published

on

Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu- Mudah Dibuat Sendiri di Rumah!

Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu adalah santapan lazat di pagi atau petang, sangat digemari kerana rasa manis dan teksturnya yang lembut, bersama kelapa parut yang menambah citarasa. Jika keluarga anda juga suka kuih ini, kenapa tidak cuba membuat sendiri? Anda boleh membuat  sehingga 100 biji sekaligus, pasti akan memberi kepuasan. Selain itu, anda juga boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau jiran sebagai sedekah.

Cara membuat kuih Puteri Ayu, untuk 100 biji sekali masak:

Bahan Ayak:
– 10 cawan tepung gandum
– 5 sudu kecil baking powder

Bahan untuk Mixer:
– 6 biji telur gred A/B
– 4 cawan gula halus
– 5 sudu kecil ovalette

Bahan Berair:
– 2 cawan santan pekat
– 2 cawan air pandan (5 helai daun pandan, kisar dan tapis untuk ambil airnya)
– 1 cawan air putih

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan bahan mixer secara berselang-selang dengan tepung dan bahan berair. Kacau sehingga sebati, tidak terlalu lama.
3. Setelah sebati, ketepikan adunan dan perapkan selama 1 hingga 2 jam.
4. Panaskan kukusan, dan kukus kelapa parut yang dicampur dengan garam dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.

Kuih Puteri Ayu

5. Sementara itu, sapukan acuan Puteri Ayu dengan minyak. Setelah kelapa parut kukus, keluarkan dan biarkan air kukusan mendidih.
6. Masukkan kelapa parut ke dalam acuan, tekan hingga rata. Gunakan piping bag untuk memasukkan adunan ke dalam acuan yang telah diperap selama 1-2 jam.
7. Sebelum memasukkan adunan, gunakan spatula untuk membuang angin, kemudian masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.
8. Kukus selama 8-10 minit. Pastikan penutup periuk kukus dilapik dengan kain untuk mengelakkan air dari menitis ke atas kuih.
9. Setelah 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan yang lain dan kukus sehingga selesai.

Sekadar tips, gunakan cawan sukatan yang sama untuk hasil kuih puteri ayu yang sekata.

Kuih Puteri Ayu

Selamat mencuba!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.