Connect with us

Resepi Viral

Resepi Aiskrim Yougurt Homemade- Resepi Mudah Dan Lazat.

Avatar of farhan nizam

Published

on

Aiskrim

Resepi Aiskrim Yougurt Homemade- Resepi Mudah Dan Lazat.

Aiskrim

Apabila teringin makan aiskrim terpaksa keluar rumah untuk mencarinya. Oleh itu, ramai yang mencari resipi Aiskrim Homemade untuk dibuat sendiri di rumah, terutama untuk anak-anak yang suka. Jom try resepi aiskrim yougurt homemade ini di rumah. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Pasti lazat dimakan ketika musim panas untuk menyejukkan badan.

Bahan-bahan:
– Buah pisang dan strawberry (ikut buah kesukaan anda)

Aiskrim
– 1 cawan Yogurt asli
– Madu (ikut kemanisan yang diinginkan)

Cara membuatnya:
1. Bekukan pisang dan strawberry terlebih dahulu (ikut buah buahan pilihan anda)
2. Kemudian kisar bersama yogurt dan madu menggunakan food processor atau blender hingga sebati
3. Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas dan tambahkan potongan buah strawberry atau buah-buahan pilihan anda dan bekukan selama 2-4 jam hingga mengeras. Anda juga boleh menambah topping lain.
4. Bila sudah mengeras, ada pelbagai cara untuk menikmatinya. Anda boleh makan ia bersama roti, biskut, waffle atau makan begitu sahaja. Anda boleh makan mengikut selera anda.

Resepi mudah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga boleh meningkatkan mood. Anda boleh mengajak anak anda membuatnya bersama di rumah, dan mereka akan belajar cara membuatnya sendiri. Pastikan anda memantau mereka sepanjang proses.

Aiskrim

Selamat Mencuba!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.