AGAMA
Pesan Dari Ustaz Ebit Lew, Jika Dalam Kesempitan Atau Kesusahan Amalkan Surah Ini. Dengan Izin Allah Rezeki Akan Masuk Tidak Putus-Putus

Pesan Dari Ustaz Ebit Lew, Jika Dalam Kesempitan Atau Kesusahan Amalkan Surah Ini. Dengan Izin Allah Rezeki Akan Masuk Tidak Putus-Putus
Al-quran adalah kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah melalui utusannya. Banyak kelebihan surah-surah yang terkandung didalam alquran. Oleh kerana itu, sesiapa yang sentiasa membaca alquran akan sentiasa tenang dan lapang hatinya.
Seseorang telah berkongsi kisah hidupnya yang dulunya diuji dengan kesusahan dan selepas sahaja kerap membaca surah ini dengan izin Allah beliau syukur dengan apa yang telah ia dapat. Surah yang beliau selalu amalkan ialah surah at taubah.
Inilah kelebihan surah At-Taubah Ayat 128 hingga 129 yang tuhan anugerahkan untuk hambaNya yang diuji kesusahan, kesukaran. Wanita ini, Saira Yusuff terus amalkan sebaik mendengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew.
Ketika hidupnya dilanda kebuntuan, dia dan suami tak berhenti amal. Sehinggakan dalam sujud terakhir solatnya dia membacanya. Satu persatu, Allah selesaikan masalah hidupnya. Rezeki masuk mencurah-curah tak putus.
POWER OF SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129
Assalammualaikum semua Saira nak share Testimoni Peribadi tentang, Surah At Taubah 128-129 yang Saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas. Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes, buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.
Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-cari, bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan. Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.
Ada suatu hari dalam kebuntuan, terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At-Taubah ayat 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari. Allahuakbar
Kata Ustaz:
- Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
- Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
- Jika dia seorang kalah, akan segera mendapat pertolongan
- Jika dia seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
- Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
- Jika Dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, waktu itu memang Saira teruskan amalan ini tanpa henti. Sehinggakan dalam sujud terakhir selalu amalkan ayat ini.
Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanh mula dapat diselesaikan.
Rezeki Masuk Mencurah-curah Tanpa Putus
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!
Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan dan kenikmatan yg diberi olehNYA. Ini antara sebab kenapa Saira masukkan amalan ini ke dalam Buku Checklist Amalan by Puan Saira.
Dengan berbesar hati, dan penuh dengan rasa syukur kehadratNYA, Allah SWT hantar stokis-stokis dan agen yang baik-baik dan seronok nak sebarkan kebaikan buku ini. Moga Kalian dikurniakan rezeki berpanjangan, sentiasa ingin Berdakwah di atas jalanNYA dan kurniaan rahmatNyA ke atas kalian tanpa putus insyaallah.
Boleh dapatkan info lengkap di link asal ini : Saira Yusuff
Majalah ilmu: Semoga perkongsian ini dapat memberi anda manfaat dunia dan akhirat, Insyallah.
Sumber: Saira Yusuff / Mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.