Connect with us

AGAMA

Kes Covid Semakin Ganas, Ustazah Asma Harun Beri Nasihat Jangan Tangguh 4 Perkara Ini

Avatar of majalahilmu

Published

on

Kes Covid Semakin Ganas Ustazah Asma Harun Beri Nasihat Jangan Tangguh 4 Perkara Ini

Kes Covid Semakin Ganas, Ustazah Asma Harun Beri Nasihat Jangan Tangguh 4 Perkara Ini

Kes sekarang semakin lama semakin membimbangkan ramai. Ramai telah pergi, ramai dalam kesusahan, ramai juga yang dibuang kerja dan bermacam-macam ujian yang telah menimpa kita di hari kini. Kes bunuh diri mendadak meningkat juga membimbangkan bagaimana umat muslim di masa kini dan akan datang.

192092460 2879740192291293 9081781109414392136 n 1

 

Hari demi hari rakyat berdoa angka mereka dijangkiti Covid-19 menurun agar mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti dahulu. Paling tidak tentunya mahu kembali bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Sudah banyak yang mula mengibar bendera putih untuk dibantu tetapi saban hari rakyat semakin hampa kerana angka tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun sebaliknya hampir mencecah ke angka tujuh ribu.

Ternyata angka ini membuatkan ramai keluh kesah kerana PKP akan terus diperketatkan termasuk Selangor dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan akan dikenakan PKPD mulai 3 Julai hari ini.

Hal ini turut mendapat perhatian dari Ustazah Asma’ Harun yang banyak berkongsi ilmu. Dalam catatan di fbnya semalam penceramah terkenal ini mengajak orang ramai agar tidak menangguhkan empat perkara ini.

UTU USTAZAH ASMA HARUN001 e1618628349823

Berikut adalah perkongsiannya.

Sayu sungguh kes naik hampir 7 ribu. Khabar kematian bersilih ganti di FB, ada yang ada tanda seperti sakit, ada yang sihat perginya mengejut. Sementara kita masih lagi hidup, JANGAN TANGGUHKAN 4 PERKARA INI, terus buat tanpa bersoal dan fikir lagi ;

1) Taubat Nasuha kepada Allah, taat segala perintah, tinggal segala larangan – HIJRAH.

2) Mohon atau beri maaf sesama manusia, soal siapa yang silap letak tepi. Jumpa, mesej atau telefon segera.

3) Lunaskan hutang jika mampu. Jika tidak mampu, nekad dan niat dahulu, Allah Maha tahu dan Maha Pengampun.

4) Baiki hubungan dengan manusia, berhenti sakiti sesiapapun walau di alam maya. Cuba jadi manusia yang banyak beri manfaat, bantu urusan kerja rumah, mendengar luahan, beri senyuman dari hati, buat baik pada binatang dan pokok, dll. Semua tu amal soleh. Jadi orang yang menyenangkan mata memandang dan telinga mendengar, insyaAllah hidup akan tenang dan rasa bermakna. Kita tak dituntut untuk jadi sempurna, tapi kita boleh usaha jadi orang baik kepada semua.

Kita muhasabah, nekad dan buat bersama.

Majalah ilmu: Marilah sama-sama kita menuju kejalan yang benar. Dekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Sumber: Asma binti Harun / kashoorga

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.