Teknologi
Perbezaan jenis laptop Antara Notebook, Ultrabook, MacBook, Chromebook Dan 2-in-1

Perbezaan jenis laptop Antara Notebook, Ultrabook, MacBook, Chromebook Dan 2-in-1
Apabila mahu mencari komputer riba baharu, perlu diingatkan terdapat perkara penting selain saiz dan spesifikasi yang perlu diteliti. Terdapat perbezaan jenis laptop yang mempunyai matlamat dan ciri mereka tersendiri.
Bukan semua jenis komputer riba mampu menyokong sesetengah perisian yang dipasang menerusinya. Pada kali ini, kami akan kupaskan perbezaan jenis laptop antara Notebook, Ultrabook, Macbook, Chromebook dan 2-in-1.
Notebook
Sumbe Gambar: Xiaomi Product
Secara umum, notebook juga dikenali sebagai laptop yang direka dalam saiz kecil untuk memudahkan pengguna melakukan tugas secara on the go. Keupayaannya juga hampir menyamai komputer desktop. Dari segi fizikal pula, notebook mempunyai berat sekitar 3kg dengan kemampuan bateri antara 5 jam hingga 12 jam menggunakan bateri yang dibekalkan bersamanya.
Saiz skrin pula sedia ditawarkan daripada 13-inci sehingga 17-inci serta menyokong skrin paparan beresolusi tinggi. Notebook juga sering kali ditawarkan dengan sambungan port tambahan yang boleh menyokong pelbagai fungsi untuk keperluan tugasan pengguna. Menariknya, notebook terkini juga mempunyai keupayaan untuk memproses grafik tinggi dan sesuai untuk gaming.
Ultrabook
Pada hari ini juga anda boleh melihat sebuah komputer riba yang dikenali sebagai Ultrabook. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Intel untuk komputer riba dengan ciri ringan dan nipis yang berprestasi tinggi. Ultrabook turut dianggap sebagai respon kepada MacBook Air yang dikeluarkan oleh Apple.
Antara kelebihan ultrabook ini adalah keselamatan yang kukuh dan perlindungan anti-kecurian yang terbina menerusinya. Dalam reka bentuk pula, ia sememangnya sangat bersesuaian buat golongan profesional yang sentiasa mahukan laptop yang ringan bersama teknologi terkini. Harga penawarannya adalah lebih tinggi berbanding notebook.
MacBook
MacBook juga antara pilihan yang digemari oleh golongan pencipta konten mahupun profesional disebabkan kemudahan penawaran ekosistem yang baik serta prestasi yang cemerlang sepanjang penggunaan. Siri komputer riba Apple ini didatangkan dengan dua jenis model iaitu MacBook Air yang nipis dan MacBook Pro yang mempunyai spesifikasi yang berprestasi tinggi.
Semua barisan MacBook menjalankan sistem operasi MacOS bersamanya. Malah, kini mereka telah menghasilkan cip sendiri yang dikenali sebagai Apple Silicon yang terdiri daripada M1, M1 Pro dan M1 Max yang cukup berkuasa tinggi untuk menjalankan perisian berat atau pemprosesan video suntingan dengan lancar.
Chromebook
Sumber Gambar: Laptop mag
Chromebook adalah sejenis komputer mudah alih ringan yang menggunakan Google Chrome sebagai sistem pengendaliannya. Komputer riba ini direka untuk berfungsi dengan menggunakan sambungan internet kerana kebanyakkan aplikasi dan data disimpan di cloud. Pihak Google juga turut menyediakan 100GB storan pada cloud storage untuk setiap Chromebook.
Model terkini juga sudah boleh menjalankan aplikasi Android melaluinya. Malah, komputer riba ini sangat popular di kalangan kumpulan korporat ataupun sesetengah sekolah kerana boleh didapati pada harga yang rendah berserta konfigurasi yang minimal sekaligus menawarkan pentadbiran dan sekuriti berpusat yang lebih mudah dikendali.
2-in-1
Sumber Gambar: Microsoftcaregh
Seperti namanya, anda boleh jangkakan ia sebuah komputer riba yang serba boleh di mana boleh ditukar menjadi tablet. Terdapat beberapa jenis mekanisme yang digunakan untuk mengubah kepada tablet daripada laptop sama ada dengan kaedah lipat ke belakang ataupun sebahagian boleh ditanggalkan dan menjadi seperti tablet sebenar.
Menerusinya, komputer riba 2-in-1 boleh bertukar dengan cepat daripada mod tablet skrin sesentuh kepada mod papan kekunci tradisional dengan mudah. Hal ini sekaligus menjadikan peranti mudah alih ini sangat fleksible untuk kegunaan mengikut kesesuaian pengguna. Rekaan yang dibawakan lebih sleek dan nipis yang pasti hanya memakan ruang yang kecil untuk penyimpanan.
Kini anda sudah mengetahui sedikit sebanyak perbezaan jenis laptop yang terdapat di pasaran hari ini. Setiap jenis komputer riba hadir dengan ciri tersendiri yang membuatkan setiap padanya mempunyai peminat masing-masing. Anda bolehlah membuat pemilihan komputer riba yang boleh memenuhi kehendak tugasan dan keselesaan individu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.