Teknologi
Misi DART – NASA Akan Lancarkan Roket Untuk Letupkan Asteroid Bagi Menyelamatkan Bumi
Misi DART – NASA Akan Lancarkan Roket Untuk Letupkan Asteroid Bagi Menyelamatkan Bumi
Jika anda pernah menonton filem Armageddon arahan Michael Bay. Filem ini seakan di luar kotak pemikiran manusia kerana mereka di hantar ke angkasa lepas dalam misi meletupkan asteroid daripada menuju ke bumi.
Babak dalam filem tersebut mungkin menjadi satu realiti kelak. Cuma, tiadalah ‘hero’ yang akan ke angkasa. Sebaliknya hanya kapal angkasa sahaja yang akan ke sana.
Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), mereka merancang menggunakan sebuah kapal angkasa yang akan terbang pada kelajuan 24000 km/j untuk melanggar dan meletupkan seketul asteroid pada tahun hadapan.
Misi ini dinamakan Ujian Pengalihan Semua Asteroid Berganda (DART) dan ia bertujuan untuk mengenal pasti sama ada langkah itu berkesan untuk menukar laluan asteroid yang boleh mengancam bumi pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, misi tersebut adalah untuk menyelamatkan bumi. Memetik kata-kata Pegawai Pertahanan Planet NASA Lindley Johnson, masih terdapat sejumlah batu angkasa yang bila-bila masa akan mengancam bumi walaupun tiada asteroid dikesan yang boleh membahayakan tempat tinggal kita.
Kapsyen: gambar dari space.com
Malah, ia ibarat menyediakan payung sebelum hujan kerana ujian tersebut terlebih dahulu untuk menghancurkan asteroid sebelum mencetuskan bahaya kepada bumi.
Bagi menjayakan misi ini, kapal angkasa DART mungkin dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX pada 23 November ini jam 10.20 malam (waktu pasifik) melalui Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
Jika berjaya, letupan tersebut bakal berlaku antara 26 September dan 1 Oktober tahun 2022 memandangkan jaraknya dari bumi adalah 10.1 juta kilometer.
Tambahan lagi, kapal angkasa yang beratnya 549 kg itu dijangka tidak memusnahkan asteroid berkenaan. Akan tetapi, ia hanya ‘mengalihkan sedikit kedudukannya dari orbit asteroid Didymos’.
Buat makluman, asteroid yang menjadi sasaran itu digelar Dimorphos dan mempunyai diameter 160 meter dan ia mengorbit satu lagi asteroid yang lebih besar – Didymos.
Asteroid Dimorphos ini melengkapkan orbit di sekeliling Didymos dalam tempoh setiap 11 jam 55 minit, sama seperti ‘pusingan jam’.
Sumber: utusan
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah