Teknologi
Motosikal Terbang THE SPEEDER Akan Dijual Di Pasaran Pada Tahun 2023

Motosikal Terbang THE SPEEDER Akan Dijual Di Pasaran Pada Tahun 2023
Seperti yang didedahkan oleh sebuah syarikat pembuatan alatan futuristik, Jetpack Aviation yang berpangkalan di California, Motosikal terbang akan berada di pasaran pada tahun 2023. Kejayaan sesi pandu uji motosikal itu yang digelar The Speeder baru-baru ini memberi harapan positif bahawa penggunaan motosikal terbang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Motosikal The Speeder dibina dengan program perisian kawalan penerbangan unik Jetpack Aviation untuk membantu memantau dan menyesuaikan daya tuju sepanjang pemanduan.
Perisian yang memerlukan masa setahun setengah tahun untuk dihasilkan itu membolehkan motosikal terbang dan secara automatik menstabilkan kenderaan itu di udara.
“Kami mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang untuk dikendalikan.
“Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi kategori profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman.
“Kelajuan versi ultra ringan akan dihadkan hingga 60 kilometer sejam sejajar dengan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan waktu penerbangan selama 15 minit.
Versi motosikal terbang kategori profesional memerlukan lesen juruterbang asas dengan kelajuan 250 kilometer sejam dan waktu penerbangan sekitar 35 minit,” jelas Mayman.
Motosikal The Speeder yang seberat 136kg itu akan dilengkapi dengan lapan turbin yang membolehkannya menampung pemandu yang mempunyai berat dua kali ganda daripadanya.
Jetpack Aviation sudah mula mengambil tempahan awal daripada orang awam yang berminat dan harga yang ditetapkan adalah AS$381,000 (RM1.6 juta) seunit.
Sumber: Kosmo
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.