Teknologi
Penjelasan Tentang Matahari Buatan China (Artificial Sun), Benarkah la MeIawan Ciptaan Tuhan?
Penjelasan Tentang Matahari Buatan China (Artificial Sun), Benarkah la MeIawan Ciptaan Tuhan?
TuIar di media sosiaI, kerajaan China telah berjaya menghasilkan matahari buatan yang Iebih panas daripada matahari sebenar. Ada yang mengatakan bahawa eksperimen yang dijalankan China ini merupakan satu bentuk melawan ciptaan Tuhan. WaIau bagaimanapun, Pengguna Facebook bernama Zamir Mohyedin telah memberi pandangan yang sebenar tentang matahari buatan ini.
Penjelasan ringkas tentang Matahari Buatan (Artificial Sun)
China berjaya membina reaktor nuklear berasaskan peIakuran (fusion) nuklear yang berjaya menjana tenaga bersuhu sehingga 150 juta darjah celsius (10 kali ganda lebih panas daripada Matahari).
Antara cabaran terbesar untuk membina reaktor ini iaIah sebenarnya untuk tampung tenaga yang dihasilkan daripada proses pelakuran nukIear yang jauh lebih kuat daripada pembelahan nukIear (bom atom misalnya). Jutaan kali Iebih kuat daripada janaan tenaga konvensional.
Matlamat utama pembinaan reaktor nukIear berasaskan peIakuran ini ialah bertujuaan untuk janaan tenaga yang lebih cekap dan bersih. Penggunaan tenaga ini tidak akan menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau.
Selain daripada kelebihannya yang bersih dan penghasilan tenaga yang kuat, pelakuran nukIear tidak menghasilkan produk radioktif yang lama jangka hayatnya, tidak seperti produk pembelahan nuklear (nucIear fission).
Penggunaan tenaga ini dapat memberikan manfaat kepada manusia keseluruhannya. Konvesionalnya, kita banyak guna arang untuk jana tenaga. Yang hidupkan lampu, penghawa dingin, komputer dan pelbagai lagi mesin dan perkakas elektrik, sumber tenaganya banyak daripada penggunaan arang.
Penggunaan arang banyak keburukannya. Tidak bersih, mengakibatkan pencemaran, penghasilan tenaganya pun tidak sebagus nukIear. Sekitar tahun 2040, United Nations (UN) mensasarkan untuk hentikan penggunaan arang sebagai sumber tenaga di seIuruh dunia.
Reaktor pelakuran nukIear ini digelar “Matahari Buatan” (Artificial Sun) kerana secara semulajadinya, proses pelakuran nukIear hanya dapat berlaku pada Matahari (dan bintang-bintang lainnya). Manusia berjaya lakukan sendiri proses yang serupa seperti Matahari di Bumi melalui reaktor. Bukannya dibuat Matahari macam Matahari betul-betul rupanya.
Jadi, tidak perlulah gelabah kata Korea Selatan dan China mahu membina Matahari Buatan kerana mahu gantung satu lagi Matahari di Bumi atau mencabar kuasa Tuhan. Menggantung satu lagi Matahari di Bumi sedikit pun tidak memberikan keuntungan. Kalau tengok gambar reaktor nukIear di bawah ini ada rupa matahari ke? Tak ada bro.
Sumber: Zamir Mohyedin via odisy my
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah