Pendidikan
Pendidikan Di Norway Terbaik di Dunia, Wanita Melayu Ini Kongsi Mereka Gantikan Kipas Kepada Pam Haba Dalam Kelas

Baru-baru ini kecoh dengan berita seorang murid perempuan Tahun 2 di sebuah sekolah di Selama mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas dia terkena kipas siling bilik darjah yang terjatuh dalam kelas pada pukul 10 pagi tadi. Hasil pemeriksaan kanak-kanak berusia 8 tahun terbabit telah mengalami patah tulang dan bahagian anggota tersebut terpaksa dibalut dengan simen selain cedera juga di bahagian dada. Inisiden ini berlaku dengan sangat pantas berpunca dari kipas yang telalu uzur yang tidak selamat digunakan. Mengambil ikhtibar dari kejadian ini berulang semula, seorang wanita tempatan yang menetap sekarang ini di Norway ada mengulas lanjut mengenai sistem pendidikan di Norway yang dikatakan ada ciri unik untuk mengekalkan tahap keselamatan pelajar sentiasa terjaga.
Hebat tukar kipas kepada pam haba, pendidikan di Norway terus cemerlang
Berkongsi Azira Aziz mengenai sistem pendidikan di Norway yang berbeza dari kebanyakkan negara maju di luar sana hasil dari penelitian, pengalamannya menetap dan menyekolahkan anak-anak di negara tersebut.
“Sepanjang duduk Norway, tak pernah nampak walau satu kipas dalam sekolah anak. Waktu musim panas, boleh tahan jugaklah suhu di luar. Ada hari hingga mencecah ke +31 darjah celsius, berpeluh badan dibuatnya!”
Menariknya sekolah di Norway tidak menggunakan kipas untuk menyejukkan kelas. Sebaliknya hampir setiap sekolah di Norway disediakan “varmepumpe”, “heatpump” atau pam haba. Rupanya sama sahaja seperti “air conditioning” atau penyaman udara seperti di Malaysia tetapi fungsinya agak berbeza.
Apa itu pam haba dan bagaimana ia berfungsi?
Pam haba adalah mesin yang sangat popular dalam dunia teknologi tenaga baru hari ini. Kita mungkin sudah mengenali fungsi pam sebagai cara untuk meningkatkan tenaga keupayaan mekanikal untuk mengambil air dari tinggi yang rendah. Berbeza dengan pam haba ia adalah asli dari udara, air atau tanah untuk mendapatkan haba gred rendah, bertindak melalui kuasa, serta sangat sesuai dalam penyediaan tenaga haba gred tinggi.
Fungsi pam haba ini untuk mengangkut bahan dari sumber suhu yang rendah kepada potensi yang lebih tinggi. Dalam kata lain, ia membantu memindahkan tenaga dari sejuk kepada objek panas.
Kebaikan pam haba penganti kipas dan penyaman udara
Mesin pam haba mampu dilaraskan untuk suhu panas pada musim sejuk dan suhu sejuk pada musim panas. Ia sangat menjimatkan kos setiap bulan dan mengurangkan penggunaan tenaga juga.
Oleh yang demikian, tidak peliklah bahawa penggunaan mesin ini banyak digunakan di kebanyakkan negara-negara Eropah khususnya di Norway. Ia juga lebih selamat berbanding kipas di syiling kelas pada hakikatnya.
Didoakan pelajar perempuan yang terlibat dan mengalami kecederaan dari kes yang melibatkan kipas di kelasnya tempoh hari mendapat kesembuhan yang segera agar boleh meneruskan pembelajaran semula di sekolah. Semoga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dan pemerhatian pihak yang bertanggungjawab agar ia tidak berulang semula. Kesian anak-anak yang mahu menimba ilmu di sekolah. Jika perkara ini terjadi, siapakah individu yang perlu menanggung segala akibatnya? Sudah tentu pelajar itu sendiri. Sudahlah terlepas pembelajaran, terpaksa pula menanggung kesakitan dari kemalangan tersebut.
Sumber: Azira Aziz
Pendidikan
Prof Norazah, Wanita Malaysia Ini Tersenarai 7 Tahun Berturut-Turut Antara 2% Saintis Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Nama Malaysia sekali lagi mengharum di pentas antarabangsa apabila Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur diiktiraf sebagai antara dua peratus saintis terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut, dari 2019 hingga 2025.
Senarai berprestij itu diterbitkan oleh Universiti Stanford dan penerbit akademik Elsevier, yang menilai lebih sembilan juta penyelidik global — namun hanya sekitar 100,000 saintis dipilih berdasarkan impak penyelidikan, petikan karya (citation), indeks-H, dan kepengarangan utama.
Bagi Prof Norazah, pengiktirafan ini bukan hanya kejayaan peribadi, tetapi bukti bahawa penyelidik Malaysia mampu berdiri setaraf dengan saintis antarabangsa.
“Apabila saya tahu disenaraikan buat kali ketujuh, saya amat bersyukur. Ia bukan sekadar penghargaan terhadap kerja keras saya, tetapi juga legasi buat UUM dan Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Beliau kini berada di kedudukan ke-167 dunia dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan, serta ke-5,173 secara keseluruhan. Dengan lebih 196 artikel diterbitkan dan lebih 5,000 petikan global, beliau mencatat H-Index 39, satu pencapaian luar biasa dalam bidang sains sosial dan pengurusan.
“Untuk kekal dalam senarai ini bukan mudah. Tiada permohonan, tiada pencalonan — semuanya berdasarkan data sebenar. Ia hasil disiplin, konsistensi dan rasa ingin tahu yang tinggi,” jelasnya.
Dilahirkan di Kluang, Johor pada 1977, anak kepada seorang jururawat dan bekas anggota TLDM ini menamatkan pengajian doktor falsafahnya dalam bidang pemasaran dan e-dagang pada usia 29 tahun.
Sejak itu, beliau berkhidmat di beberapa universiti termasuk MMU, UNITEN, UTP, UMS dan kini UUM, di mana beliau memegang jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Hubungan Korporat) di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB).
Pernah menerima Malaysia’s Research Star Award (MRSA) pada 2018, Prof Norazah juga dikenali sebagai penyelia berdedikasi — membantu lebih 100 pelajar menerbitkan artikel berindeks Scopus.
“Saya mahu pelajar saya rasa sendiri pengalaman menjadi penyelidik sejati. Bukan hanya belajar teori, tetapi mencipta ilmu baharu,” katanya.
Di sebalik kejayaan akademik, beliau turut aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai Lt. Kolonel Bersekutu dan kini Timbalan Komandan KorSispa UUM, di mana beliau membimbing mahasiswa dalam semangat patriotisme dan kesukarelawanan.
Ketika pandemik COVID-19, Prof Norazah juga memainkan peranan penting menyelaras operasi Home Surveillance Centre (HSC) di Jitra, Kedah — kerja sukarela yang melayakkannya menerima Pingat Bakti Pertahanan Awam pada 2021.
“Ilmu dan pangkat tidak bermakna jika kita tidak kembali menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Kisah Prof Norazah bukan sekadar tentang kecemerlangan akademik, tetapi juga tentang semangat, disiplin, dan nilai kemanusiaan — membuktikan wanita Malaysia mampu menjadi antara saintis terbaik dunia tanpa perlu berada di makmal sains tulen sekalipun.
Sumber: Bernama
Pendidikan
Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang

Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang
Dari Impian Kecil ke Realiti
Kuantan, 2025 – Kisah Abdul Manaf Abdul Aziz, anak kampung dari Pekan, sekali lagi membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah alasan untuk berhenti bermimpi. Selepas enam tahun berhempas pulas, beliau kini berjaya menggenggam ijazah kedoktoran dan menunaikan janji yang pernah diucapkan kepada ayahnya.
Perjuangan Bermula Dari Bawah
Pada tahun 2019, Harian Metro melaporkan kisahnya sebagai pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam SPM. Namun, di sebalik keputusan gemilang itu, Abdul Manaf mengakui kehidupannya penuh kesempitan.
“Impian saya mahu jadi doktor walaupun peluang masih samar kerana kemiskinan. Saya bergantung kepada biasiswa untuk sambung pengajian,” katanya ketika berusia 18 tahun.
Antara Pengajian & Cabaran Hidup
Bergelar mahasiswa perubatan bukanlah jalan yang mudah. Abdul Manaf perlu berdepan jadual ketat, cabaran kewangan, dan tekanan emosi. Namun, berkat doa ibu bapa serta bantuan pelbagai pihak, beliau melangkah setapak demi setapak hingga akhirnya menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kulliyyah Perubatan.
Janji Kepada Ayah Ditunaikan
Dalam majlis konvokesyen baru-baru ini, Abdul Manaf tidak mampu menyembunyikan rasa syukur. Beliau mengangkat sijil anugerahnya lalu menghadiahkan kepada ayah tercinta, Abdul Aziz Osman.
“Hampir setiap hari selama enam tahun saya pendam cita-cita untuk jadi doktor. Hari ini janji saya pada ayah akhirnya tertunai,” katanya sebak.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Abdul Manaf adalah bukti bahawa ilmu dan tekad mampu menewaskan segala kesempitan. Dari rumah usang di kampung hingga ke pentas konvokesyen, kisah ini menjadi sumber motivasi buat pelajar lain agar tidak mudah menyerah kalah.
Sumber: Metro
Pendidikan
Top Student Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI? Netizen Berang, Isu Ini Jadi Viral!

Kisah Sebenar
Seorang graduan cemerlang universiti awam – bukan calang-calang, malah penerima Anugerah Naib Canselor – dilaporkan tidak layak menghadiri temuduga guru hanya kerana ukuran BMI melebihi syarat. Pelajar ini membawa pencapaian akademik yang membanggakan, tetapi hasratnya untuk menjadi pendidik tersekat di pintu peraturan fizikal.
@datosyed616 #CapCut ♬ original sound – dsa
Isu Panas
Video di TikTok oleh Dato’ Syed Agil (DSA) menimbulkan perdebatan besar. Beliau mempersoalkan logik di sebalik syarat BMI ini. Katanya, “Ilmu dan keupayaan mengajar sepatutnya jadi keutamaan, bukan angka pada penimbang berat.”
Reaksi Netizen
Ruang komen di TikTok penuh dengan perdebatan:
Ada yang bersetuju BMI penting kerana guru sering naik turun tangga, bergerak aktif, dan perlu sihat untuk tugas berat.
Namun ramai yang tidak puas hati: “Yang kurus tak semestinya rajin mengajar, yang besar tak semestinya tak mampu.”
Malah ada pelajar IPG kongsi pengalaman sanggup berjoging setiap petang hanya untuk lepasi syarat BMI.
Persoalan Besar
Adakah wajar capaian akademik dan potensi seorang pendidik terhenti hanya kerana BMI? Bukankah lebih baik menilai melalui kesihatan sebenar, stamina, atau kemampuan mengajar – bukan sekadar angka?
Isu ini kini jadi viral di media sosial, mencetuskan perbincangan hangat tentang kriteria kelayakan guru di Malaysia. Ramai berharap KPM akan menilai semula syarat ini supaya tidak ada lagi anak muda cemerlang terpinggir hanya kerana saiz badan.
Sumber : TT
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










