Kisah
“Tiba Masanya Saya Balas Jasa Mereka,” Pemuda Naik Motosikal Daftar Universiti Hanya Bawa Beg Tanpa Keluarga
“Tiba Masanya Saya Balas Jasa Mereka,” Pemuda Naik Motosikal Daftar Universiti Hanya Bawa Beg Tanpa Keluarga
Musim hari pendaftaran di pusat pengajian tinggi sudah pun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Kebanyakan bakal mahasiswa dan mahasiswi sedang sibuk menguruskan tempat masing-masing untuk mengisi tawaran yang telah diperoleh dari universiti-universiti pilihan. Sebagai ibu bapa, pastinya momen ini kita abadikan dalam kenangan bila mana dapat menemani anak-anak melangkah ke menara gading. Namun tidak semua anak merasai dengan hal yang sedemikian. Kisah ini akan membawakan anda gambar kenangan seorang pemuda naik motosikal daftar universiti tanpa keluarga yang ada menemani.
Gigih naik motosikal daftar universiti, pemuda ini menjadi perhatian di media sosial
Dari perkongsian sebuah akaun Facebook Universiti Malaya (UM) ada memaparkan seorang pemuda berbangsa Cina yang hadir dengan naik motosikal daftar universiti.
“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya,” jelas Lau Lai Kiat mengiayakan apabila dia ditanya sejurus sahaja menongkat motosikalnya di tepi Padang Kawad Palapes Universiti Malaya.
Dia yang juga pernah menyambung pengajian di peringkat diploma di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur selepas tamat SPM turut meletakkan motosikal yang digunakan semasa hari pendaftaran itu di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
“Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya, setelah mengambil motosikal saya di TBS,” katanya sambil menngelap peluh di muka.
Motosikal yang digunakan ini memang sangat berjasa kepadanya. Malah dia bukan sahaja naik motosikal daftar universiti tetapi juga motosikal ini akan digunakan setiap kali “turun” Kuala Lumpur (KL).
Mahu balas jasa orang tua
“Saya bercita-ciata untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti. Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik. Sudah tiba masanya saya pula cuba membalas jasanya,” luah mahasiswa jurusan pengurusan sukan ini lagi.
Lau Lai Kiat yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik adalah yang pertama dalam keluarganya dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Pilihannya untuk ke UM bukan sahaja kerana keyakinan yang tinggi pada kualiti pendidikan yang disediakan di sini sebagai universiti terbaik di Malaysia, malah dia juga mahu menimba pengalaman kehidupan kampus yang berbeza dari yang lain.
“Abang jangan risau, saya baru tukar minyak hitam bulan lepas.”
Perjalanan untuk naik motor daftar universiti di tengah-tengah ibu kota ini bukanlah satu perkara yang mudah jika tidak ada disertakan dengan semangat dan kegigihan yang jitu. Cukup berani dia mampu menunggang motosial untuk jarak yang agak jauh dengan membawa beg pakaian dan kelengkapan pengajiannya, bahkan ada yang sampai diikat dengan tali ditempat duduk belakang. Ini sememangnya pengorbanan yang pasti meninggalkan kenangan tersendiri.
“Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas,” seloroh bekas murid SMK Seri Tangkak, Johor ini apabila pihak pengurusan universiti yang menjaga kaunter pendaftaran masih terpegun melihat tindakannya itu.
Dalam perjalanan dan perjuangan menuntut ilmu, setiap orang pasti akan diuji dengan pelbagai cara. Kita perlu berkorban dari segi masa, wang ringgit, fizikal, mental, dan kasih sayang.
Dalam Islam ada menceritakan kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu ini. Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” – (Hadis Riwayat Muslim, 4867)
Secara ringkasnya, kelebihan bagi mereka yang menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalan ke syurga, kelebihan datang ke masjid untuk mempelajari Al-Quran, mendapat sakinah dan rahmah daripada Allah, dan mendapat perlindungan para malaikat. Walau bagaimanapun, para pencari ilmu perlulah mempunyai niat yang betul dan ikhlas.
Semoga kisah pemuda ini memberikan inspirasi buat anak muda di luar sana untuk tidak berputus asa dan mudah mengalah dalam apa jua keadaan kita.
Sumber: Universiti Malaya
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.