Connect with us

Jawatan Kosong

Universiti Malaya Membuat Pengambilan Jawatan Guru Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024

Avatar of farhan nizam

Published

on

Add a heading 51

Universiti Malaya Membuat Pengambilan Jawatan Guru Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024

Universiti Malaya

Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024 untuk permohonan bagi mereka yang berminat. Universiti Malaya adalah merupakan sebuah Universiti Awam yang merupakan antara Universiti berprestij di peringkat global.

Universiti Malaya

Berdasarkan makluman baharu, Universiti Malaya akan membuka peluang yang baharu kepada para calon untuk memulakan kerjaya di bawah naungan Universiti Awam yang terkenal di Malaysia. Selain itu, calon juga dapat memperoleh pengalaman berharga sekiranya diterima permohonan.

Berkenaan Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024
Universiti Malaya kini mempelawa mereka yang berkelayakan, bersemangat, dan positif untuk berkhidmat di Universiti Malaya bagi jawatan berikut:

Universiti Malaya

– GURU (BAHASA/MATA PELAJARAN) DG41
– PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG41 – APIUM
– PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG41 – PASUM

Berikut adalah maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Universiti Malaya

Tempoh Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024
Permohonan dibuka bermula hari ini iaitu 9 Mei 2024 dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 30-31 Mei dan 30 Jun 2024. Para calon disarankan untuk membuat permohonan dengan segera dan mematuhi kaedah permohonan yang betul. Dan ambil perhatian juga berkaitan penerangan tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak Universiti Malaya.

Berikut adalah senarai tugas kerja untuk jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024:
1. Skop Kerja:
Sebagai kakitangan akademik kami, anda diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digariskan di bawah kriteria berikut:
– Mengajar
– Tugas pentadbiran
– Pengantarabangsaan dan rangkaian
2. Taraf Lantikan:
Terbuka kepada calon tempatan dan antarabangsa untuk jawatan kontrak
3. Faedah:
Nikmati pelbagai faedah pekerja yang menarik di UM:
– Cuti tahunan
– Faedah Perubatan
– Bayaran Balik Tambang
– Latihan
– Tangga gaji yang kompetitif dan sepadan dengan kelayakan dan pengalaman.
Penerangan jawatan ini telah disediakan oleh pihak Universiti Malaya sendiri. Oleh itu, para calon perlu memahami tugas kerja yang diberikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan KPT:
Para pemohon yang berminat dalam mengemukakan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024 perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia:
2. Kelayakan Pendidikan:
– Calon mesti memiliki ijazah sarjana muda atau setaraf dalam bahasa atau pendidikan.
3. Had Umur:
– Tempatan: Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan.
– Antarabangsa: Berumur 27 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan.

Cara Mohon Jawatan Kosong KPT
Bagi para pemohon yang berminat dalam membuat permohonan, berikut langkah-langkah yang perlu diikuti:
1. Permohonan jawatan kosong Universiti boleh dibuat melalui portal permohonan kerjaya Universiti Malaya.
2. Calon boleh membuat semakan senarai jawatan kosong yang dibuka dan boleh klik butiran lebih lanjut.
3. Untuk memohon, klik ‘ Apply’.
4. Log masuk atau daftar akaun baru jika belum mempunyai akaun portal.
5. Isi maklumat diri dan dokumen akademik yang diperlukan.
6. Setelah selesai, buat pengesahan.

Permohonan kali ini ditawarkan berdasarkan kekosongan jawatan di Universiti Malaya. Para calon disarankan untuk memantau maklum balas pihak universiti mengenai permohonan mereka.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.