SEMASA
Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser

Sedih! Momen Bapa Tunaikan Permintaan Anak Menghidap Kanser ~ Dalam kehidupan ini, kita tidak lari daripada diuji daripada pelbagai sisi. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, kerjaya dan tidak kurang yang diuji dengan masalah kesihatan keluarga.
Begitu juga dengan keluarga ini. Sayu hati melihat sang ayah cuba berusaha menunaikan permintaan anaknya yang menghidap kanser.
Mari ikuti kisah ini dengan lebih lanjut dibawah.
Bapa Tunaikan Permintaan Anak Tercinta
Momen seorang bapa berusaha menunaikan permintaan anak tercinta, Nurul Jannah, untuk mandi kolam menarik perhatian ramai apabila video tersebut dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok (@syukrilazizi) milik keluarga ini.
Video yang mendapat lebih 9.1M tontonan tersebut memaparkan bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangkat anaknya yang dibaringkan di atas sebuah pelampung besar berwarna merah jambu.
Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke sebuah kolam untuk merasai pengalaman mandi kolam bersama beberapa kanak-kanak lain.
Dalam caption yang ditulis, besar harapan dan doa agar itu bukanlah permintaan terakhir yang dapat ditunaikan daripada anakanda tercinta.
@syukrilazizi Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu 🥹😭
“ Assalamualaikum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam. Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu. “
Kanser Saraf Tahap 4
Menelusuri komen yang ditinggalkan, kanak-kanak tersebut sedang menghidap kanser saraf tahap 4 sejak berusia 4 tahun lagi. Kini, kanak-kanak tersebut mencecah umur 9 tahun.
Warganet Doakan Kesembuhan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buatnya.
[UPDATE] Kembali Ke Rahmatullah
Terkini, adik Nurul Jannah telah pun kembali ke rahmatullah setelah berjuang melawan kanser yang dihidapinya selama lebih kurang 5 tahun. Sesungguhnya, ia satu perjuangan yang panjang dan memerlukan kekuatan yang besar.
Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan ksebaran menghadapi dalam menghadapi kehilangan besar ini.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.