Kisah
“Wahai Anakku, Aku Tinggalkan Dirimu Kepada Allah,” Anak Dr Zulkifli Meninggal Dunia Kerana Kanser Sarcoma, Tak Pernah Tinggal Solat & Zikir
“Wahai Anakku, Aku Tinggalkan Dirimu Kepada Allah,” Anak Dr Zulkifli Meninggal Dunia Kerana Kanser Sarcoma, Tak Pernah Tinggal Solat & Zikir
Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sebagai seorang anak, pastinya menginginkan diri ini dapat menjaga dan berbakti kepada kedua ibu bapa sehingga ke penghujung hayat mereka. Namun muda atau tua bukannya penentu kepada umur yang panjang. Anak yang pergi menghadap Ilahi di usia muda akan meninggalkan ibu bapa yang dicintai. Baru-baru ini, pemergian anak Dr. Zulkifli, bekas Menteri Agama Malaysia telah mengundang kesedihan ramai pihak.
Diuji kanser sarcoma tahap 4-5, anak Dr. Zulkifli meninggal dunia
Allahyarham Hammad Bin Zulkifli, berusia 22 tahun telah meninggal dunia pada pukul 5.22 pagi (2 Oktober) di samping ayahnya, Dr. Zulkifli serta ahli keluarga yang lain. Menurut perkongsian yang lalu, Allahyarham Hammad atau juga merupakan anak kedua dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu meninggal dunia selepas lebih tiga tahun berjuang sebagi cancer survivor apabila arwah disahkan menghidap kanser sarcoma. Apa yang lebih menyedihkan adalah kanser itu lambat diketahui dan apabila di diagnos, ianya sudah berada di tahap empat.
Coretan Dr. Zulkifli di media sosial, menunjukkan begitu kuat pertalian seorang ayah dengan anak.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” luahnya dari hati.
Netizen kagum, Dr. Zulkifli teruskan kuliah pagi sebelum uruskan solat jenazah arwah anak
Dr. Zulkifli masih sempat untuk mengendalikan kuliah paginya pada keesokan hari dan akan melaksanakan solat jenazah arwah Hammad pada jam 9.45 pagi selepas kuliah Jalsaj ‘Ilmiyyah itu.
Keputusan itu diambil dari pengajaran kisah ulama terdahulu, Al-Hafiz Al-Munziri yang wafat pada tahun 656 Hijrah. Beliau sangat terkenal sebagai seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Lantaran itu, beliau tidak akan sesekali meninggalkan madrasahnya untuk apa jua urusan atau tujuan walaupun sekadar berehat. Sungguh kehidupan ini hanya mewakafkan untuk ilmu.
Bahkan ada kisah yang yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin Al-Subki mengenai kewafatan anak kepada Al-Hafiz Al-Munziri. Beliau solat jenazah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jenazah hingga ke muka pintu.
@media_albakri al Fatihah #drzulkiflialbakri #drzulkiflialbakri #tgdz
Beliau berkata, “Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala.”
Kemudian, beliau kembali masuk ke dalam madrasah untuk menekuni ilmu.
Sungguh ulama terdahulu sangat memuliakan ilmu walaupun anaknya meninggal dunia. Oleh kerana itulah juga, Dr. Zulkifli melakukan perkara yang sama dengan meneruskan kuliah Jalsah ‘Ilmiyyah pagi tersebut.
“Hammad anak yang soleh, sentiasa solat berjemaah dan zikir walaupun tenat”
Menerusi hantaran di Facebook akaun rasmi, Dr. Zulkifli telah menyifatkan ankanya sebagai seorang yang soleh.
Akuinya, “Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami di sisi dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5.”
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembila pada pukul 11.30 pagi.
“Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak lagsung, bermula daripada pemandian jenazah sehinggalah kepada pengebumian.”
“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti, ” tulisnya lagi.
Menghadap Ilahi beberapa hari sebelum hari ulang tahun kelahiran
Anak Dr. Zulkifli meninggal kira-kira beberapa hari sebelum arwah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Oktober nanti. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuknya, bila mana kesihatan semakin merosot sejak awal tahun ini dan berada dalam keadaan kritikal beberapa hari yang lalu.
Cabaran dan ujian silih berganti memenuhi ruang hidup arwah Hammad, namun dia masih tidak lupa kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu dilunaskan oleh seorang hamba Allah SWT. Arwah tetap menunaikan solat fardhu lima waktu bersama keluarga dalam keadaan terlantar begitu.
Sumber: Facebook Dr. Zulkifli Al-Bakri
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.