Kisah
Ayah & Tok Imam Mimpi Pelajar Tahfiz Minta Betulkan Kedudukan Dalam Kubur, Ustaz Kongsi Apa Yang Berlaku…

Ayah & Tok Imam Mimpi Pelajar Tahfiz Minta Betulkan Kedudukan Dalam Kubur, Ustaz Kongsi Apa Yang Berlaku…
Kita semua pastinya pernah melalui mimpi ketika tidur. Kata orang dulu-dulu mimpi adalah mainan tidur. Namun menurut para ulama, tidak semua mimpi adalah mainan tidur kerana mimpi yang benar juga boleh berlaku kepada Nabi, Rasul, serta orang-orang yang soleh atas izin Allah. Ini bertepatan dengan hadis riwayat Bukhari, mimpi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, “bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” Kisah sebuah keluarga mimpi pelajar tahfiz iaitu anaknya sendiri itu membawa kemungkinan yang agak berbeza dari mimpi biasa.
“Tuan imam, tolong baiki kedudukan jenazah saya…” Tok Imam mimpi pelajar tahfiz
Pengalaman ini dikongsikan dan diceritakan semula oleh seorang ustaz iaitu Ustaz Rafie Zainal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Undertaker. Menerusi video yang dimuat naik oleh Ustaz Mohd Norhisyam Al-Idrus itu, dia menceritakan kisah seorang imam mimpi pelajar tahfiz yang sudah pun meninggal dunia.
“Tolong betulkan kedudukan saya,” sayu pelajar tahfiz itu meminta tolong dalam mimipi untuk membetulkan kedudukannya di dalam kubur.
Menurut Ustaz Undertaker, pelajar tahfiz berumur 17 tahun itu meninggal dunia kerana kemalangan motosikal. Pada mulanya proses mengkafankan, dan pengebumian jenazah berjalan dengan sangat baik.
“Jadi kita pun urus jenazah dia dan Tok Guru saya yang membimbing say,a dia yang uruskan. Jenazah itu sempurna Alhamdulillah tidak ada masalah dan dikebumikan dengan selamat.”
Namun hendak dijadikan cerita, malam pertama selepas arwah dikebumikan, imam yang membacakan talkin itu mimpi pelajar tahfiz tersebut. Yang menjadi sayu adalah, arwah meminta untuk membetulkan kedudukannya di dalam kubur.
Malam kedua arwah datang lagi, ayah pun mimpi yang sama
@marmk77 Semoga menjadi pengajaran buat kita… pentingnya ilmu dalam kehidupan.#ustazundertaker #ustazsyednorhisyam #tahfiz#ilmuagama #fyp
Jika mimpi yang pertama, Tok Imam hanya membiarkan sahaja mimpi tersebut dan cuba berfikiran positif bahawa itu sekadar gangguan daripada syaitan. Namun malam kedua, tok imam mimpi pelajar tahfiz itu sekali lagi.
“Tok imam tolong betulkan kedudukan saya,” sayu suaranya meminta tolong.
Memang rasa lain macam tetapi masih diabaikan mimpi itu. Sehinggalah kepada malam ketiga, dia masih bermimpi perkara yang sama, dan kali ini dia yakin pasti ada sesuatu yang tidak kena sudah terjadi. Maka imam berkenaan beritahu Tok Guru Ustaz Undertaker tadi.
Rupa-rupanya bukan sahaja Tok Imam, malah Tok Guru dan ayah arwah turut mimpi perkara yang sama juga. Maka mereka bertiga mengambil keputusan untuk pergi ke kubur dan bertanya kepada penggali kubur sama ada boleh atau tidak mereka gali balik.
Namun tidak dibenarkan sebab negara kita ada undang-undang. Kemudian, mereka mohon buat laporan polis, mohon makhamah, dan bila hakim benarkan barulah boleh gali kubur berkenaan.
Jenazah menghadap langit bukan kiblat
Selepas tiga minggu melalui pelbagai proses, akhirnya mereka mendapat kebenaran sah untuk menggali kubur tersebut semula. Pihak polis dan Jabatan Agama turut hadir sebagai saksi ketika proses menggali semua kubur pelajar itu berlaku.
Apa yang memeranjatkan, apabila digali dan dibuka papan yang menutupi jenazah, nampak dengan jelas jasad itu terbaring menghadap langit bukan kiblat. Bila ditanya kepada si penggali kubur mengapa kedudukan jenazah sebegitu rupa?
Individu tersebut mengatakan memang seperti itu semua kedudukan jenazah selama ini iaitu secara terbaring. Penggali kubur itu tiada ilmu dalam pengurusan jenazah. Setiap kali kebumikan jenazah, dia tidak beri izin waris turun, dia sendiri yang hendak turunkan tetapi tiada ilmu.
Dibaringkan jenazah begitu sahaja dan tidak menghadap kiblat sama sekali. Sedangkan menghadap kiblat adalah wajib dan salah satu dari hak bagi si mayat. Ditanya lagi kepada penggali kubur bagaimana pula dengan kubur-kubur yang lain? Dia kata semua macam itu. Oleh kerana itulah, lokasi kubur tidak diberitahu sebab bimbang waris-waris lain mahu menuntut hak gali kubur semula.
Berkata Imam Nawawi :
“Dan harus menggali semula kubur apabila mayat tidak ditanam mengadap kiblat atau tanpa dimandikan atas pendapat yang sahih pada kedua masalah ini atau mayat tidak dikafan atau dikafan dengan kain yang dirampas atau kain sutera atau pada tanah milik orang atau mayat menelan permata atau jatuh pada kubur itu harta atas keterangan yang telah lalu pada sekelian yang demikian itu daripada huraiannya.” – (Kitab Al-Majmu’)
Sudah 3 minggu meninggal, tapi jenazah masih bau wangi
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Cukup sempurna jenazah pelajar tahfiz itu walaupun sudah 3 minggu meninggal dunia tetapi baunya masih wangi dan harum. Kelebihan yang Allah beri kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. Arwah sangat terkenal dengan kesolehannya. Bahkan arwah bukan sahaja penghafal Al-Quran tetapi juga mempunyai akhlak yang sangat baik.
Sumber: Facebook Mohd Norhisyam Al-Idrus
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah











