Kisah
Kusyuk Ambil Wuduk Di Depan Rumah, Momen Anak Solat Ketika Bermain Sementara Rakan-Rakannya Masih Berseronok
Kusyuk Ambil Wuduk Di Depan Rumah, Momen Anak Solat Ketika Bermain Sementara Rakan-Rakannya Masih Berseronok
Anak memang sifatnya gemar bermain. Bila anak bermain, dia akan belajar tentang banyak perkara. Namun didikan anak yang sempurna tentang agama akan membuahkan hasilnya sedikti demi sedikit sejak anak masuk umur 7 tahun. Video yang dirakam momen di mana seorang anak solat ketika bermain ini menyentak hari ramai orang.
Anak solat ketika bermain, kenal tanggungjawab sebagai seorang Muslim
Sebuah video beredar memenuhi semua laman sosial mengenai seorang anak solat ketika bermain menerusi video yang dimuat naik oleh Tribun Pontinanak Interaktif. Video ini telah mendapat 2.7 M likes, dan 3.1 K komen dari para netizen. Dalam video itu, kelihatan anak tersebut sedang khusyuk mengambil wuduk disaat rakan-rakannya yang lain masih seronok bermain bersama-sama.
Momen ini agak jarang sekali diperlihatkan. Kerana jika orang dewasa yang melakukan itu, maka ia memang wajar kerana mereka sudah akil baligh dan tahu tanggungjawab serta amanah yang perlu dilaksanakan. Namun kali ini, yang berbuat demikian adalah seorang anak kecil yang belum lagi akil baligh.
Anak kecil yang masih tidak faham secara mendalam tentang agama, namun dia tahu akan tujuan manusia hidup di muka bumi ini. Tujuan manusia diciptakan di muka bumi, tidak lain tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Dhariyat, ayat 56 yang bermaksud: “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Ku.”
Sungguh malu diri ini, Ya Allah. Hanya sedikit yang dipertontonkan, namun ia sangat terkesan di hati. Apa yang ditunjukkan dalam video seorang anak solat ketika bermain ini cukup menjentik hati kita untuk sedar kembali di mana keimanan kita terletak sekarang.
Manusia sibuk mengejar dunia, tapi lupa Allah yang memberikan nikmat hidup di dunia
Mak selalu berpesan, “Tak guna bersengkang mata, dan membanting tulang untuk kerja di dunia ini, jika hak kita sebagai seorang Muslim untuk solat pun kita tidak mampu untuk laksanakan. Siapa yang memberikan rezeki dan kenikmatan hidup di dunia jika tidak Allah?”
Ayat ini memang mendalam. Benarlah ada orang mempunyai gaji ribuan ringgit sebulan namun hatinya tidak tenang. Ada rumah mewah, isteri cantik, dan keluarga bahagia tetapi tidak juga berasa cukup.
Itulah yang berlaku jika manusia hilang keberkatan dari Yang Maha Esa. Segala apa yang kita dapat di dunia ini, mudah sahaja habis sekelip mata. Dapat gaji hari ini, esok lusa sudah habis tidak tahu ke mana. Hendak sampai bulan seterusnya terpaksa pinjam orang sana sini tambah lagi bebanan hidup.
Ajar anak solat sejak kecil tanpa beban
Di antara contoh nas yang memerintahkan kepada kedua ibubapa supaya memberikan didikan kepada anak-anak mereka adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al- ‘Ash RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Maksudnya: “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam hadis ini, perintah dalam syarak bertujuan untuk ibu bapa memberikan didikan kepada anak-anak khususnya bab solat. Anak perlu diajar solat dengan gembira dan rela hati. Umur mereka belum kenal perkara baik dan buruk lagi sebenarnya. Umur itu juga baru untuk mereka memulakan solat.
Elakkan anak rasa terbeban dengan solat. Bila anak buat dalam keadaan terpaksa, besar kemungkinan anak tidak akan solat bila kita tidak nampak. Usia semakin meningkat, anak terasa terbeban.
Sebaiknya mulakan dengan diri kita sendiri sebagai ibu bapa. Berikan mereka lihat contoh dan kelakuan di depan mata. Dari situ barulah mereka faham akan tanggungjawab dan kepentingan sebagai seorang Muslim.
Sumber: Tribun Pontianak Interaktif
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.