Kisah
“Wow, Semua Tahap Suara Dia Boleh Buat!” Yabang Khalifah Muncul Di TV Sahut Cabaran Tarannum Buat Orang Terkedu
“Wow, Semua Tahap Suara Dia Boleh Buat!” Yabang Khalifah Muncul Di TV Sahut Cabaran Tarannum Buat Orang Terkedu
Antara pelapis kumpulan rock di Malaysia yang berjaya meletakkan namanya di hati ramai orang adalah Kumpulan Khalifah. Setiap kali orang menyebut Kumpulan Khalifah pastinya sosok vokalisnya sering menjadi buah mulut ramai dengan kelantangan suara bernada tinggi iaitu Yabang Khalifah.
Bertaranum dengan Ustaz Fahmi, suara merdu Yabang Khalifah bergema di TV
Rancangan Gema Haflah Istimewa Aidiladha baru-baru ini menampilkan ramai selebriti tanah air di bawah bimbingan para ustaz dan ustazah dalam menguasai ilmu bertarannum. Rancangan yang bersiaran di TV Alhijrah itu turut melibatkan 4 orang selebiriti iaitu Ernie Zakri, Yabang Khalifah, Farahanim Razak, dan Zul Huzaimy. Manakala barisan asatizah pula Ustaz Fahmi Ashraf (guru tarannum) dan Ustazah Farhatul Fairuzah (johan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa).
Apa yang menjadi kekaguman ramai apabila giliran Yabang Khalifah menyahut cabaran Ustaz Fahmi untuk bertarannum Murottal Jiharkah dalam Surah Al-Maun. Semua yang berada di pentas yang sama, mengucapkan rasa takbir akan kemampuan luar biasa Yabang dalam seni suara bukan sahaja nyanyian tetapi juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Tidak hanya memiliki suara yang merdu, tetapi dia juga turut menguasai ilmu tarannum tersebut dengan nada tinggi walaupun baru mempelajarinya.
Tarannum jenis jiharkah mempunyai nada yang mendayu-dayu dan merintih. Ia sering kali digunakan oleh para Qari yang ingin menceritakan sebuah rintihan, meminta pengampunan, sebuah doa mahupun soal hari kiamat. Alunannya cukup meruntun jiwa siapa yang mendengar dan menghayati.
Sebelum ini, Yabang juga pernah muncul di kaca TV dengan alunan azannya yang penuh penghayatan.
Siapa Yabang Khalifah sebenarnya?
Yabang Khalifah atau nama sebenarnya ialah Awang Sulong Hj. Oyong berasal dari Sabah. Kelunakan suaranya selama ini di pentas muzik hadir dari kemampuannya untuk berqasidah.
Malah menurut sumber ada mengatakan bahawa Yabang sejak berumur 9 tahun lagi sudah mengalas tanggungjawab menjadi bilal di Masjid Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah. Ayahnya adalah seorang imam yang dikenali ramai sebagai Imam Haji Oyong Haji Ulang.
“Tinggi sangat saya tak mampu saya nak ikut.” – Ustaz Fahmi
Video yang mendapat ribuan likes dan komen itu telah menjadi perhatian ramai dan dibanjiri komen positif dan memberangsangkan.
“Masya Allah.. Terbaik ustaz dan Abang Yabang.”
“Memang berbakat.”
“Yabang Khalifah terbaik, rock-rock juga, mengaji pun sedap nada suara tinggi.”
“Tinggi sangat sampai rasa tak mampu nak tarik sudah lepas tu.”
Minat rock tetapi tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Yabang menunjukkan contoh yang baik bagi generasi muda hari ini dalam menyeimbangkan urusan duniawi dan akhirat.
Sumber: Ustaz Fahmi Legacy
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah