Kisah
“Ketika Itu Aku Rasa Ia Merupakan Solat Maghrib Yang Terindah Dalam Hidup Aku,” Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia Dalam Buangan Kerana Kezaliman Diktator

“Ketika Itu Aku Rasa Ia Merupakan Solat Maghrib Yang Terindah Dalam Hidup Aku,” Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia Dalam Buangan Kerana Kezaliman Diktator
Allahurabbi… sesungguhnya artikel ini ditulis dengan linangan air mata yang begitu merasai kehilangan insan yang menjadi permata dalam memartabatkan Islam. Beliau adalah ulama tersohor Mesir, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 September 2022 yang lalu. Artikel ini akan berkongsi kepada anda biografi beliau dan pengalaman cukup menyedihkan ketika beliau dipenjarakan.
Siapa Sheikh Yusuf Al-Qaradawi?
Mungkin tidak semua mengenali ulama Islam di dunia ini, namun apabila disebutkan nama Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pastinya ramai orang akan mengenali sosok beliau sehingga ke hari ini. Sama ada mengenali dari ceramahnya, membaca naskah bukunya, atau apa-apa jua sumber yang ada.
- Nama sebenar: Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.
- Lahir: tahun 1926 di sebuah perkampungan Desa Shafat At-Turan, Mahallah Al-Kubra, Gharbiah, Mesir.
- Bapa: meninggal dunia ketika beliau berusia 2 tahun. Lalu beliau dipelihara oleh ibu, bapa saudara, dan datuknya.
- Ibu: semasa berada di peringkat thanawi (pendidikan menengah), ibunya meninggal dunia.
- Keistimewaan: sejak kecil sudah mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di peringkat thanawi, beliau mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah sahaja dari individu tempat pertama.
- Pendidikan: melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam kuliah Usuluddin. Mendapat Doktor Falsafah (PhD) pada 1973 di universiti yang sama.
- Guru-gurunya: Syeikh Hamid Abu Zuwail, Sheikh Ali Khalil, Sheikh Hasan Al-Banna, Sheikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, dan ramai lagi.
Jawatan-jawatan pernah disandang:
- Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam Al-Azhar.
- Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak 1961.
- Pengarah bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973.
- Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar pada tahun 1977 sehingga tahun 1989/90.
- Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar.
- Pada tahun 1990/91 menjadi pensyarah pelawat di Algeria.
Beliau juga menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan dan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah. Antaranya seperti:
- Presiden Al-Ittihad Al-Alami li-Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Sedunia).
- Majlis Rabitah Al-Alam Al-Islami, di Mekah.
- Majlis Diraja untuk Pengajian Tamadun Islam di Jordan.
- Oxford Islamic Centre for Studies.
- Majlis Universiti Islam Antarabangsa Islamabad
- Organisasi Dakwah Islam di Khortum, Sudan.
- Majlis Tinggi Pendidikan di Qatar.
- Majlis Pusat Penyelidikan Tamadun di Qatar.
- Ahli Lembaga Fiqh Islam di Mekah.
- Ahli Liga Kesusasteraan Islam.
- Ahli Gabungan Ekonomi Islam di Kaherah.
- Ahli Majlis Dana di Qatar.
- Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis.
- Ahli Yayasan Media Islam Antarabangsa di Islamabad, Pakistan.
- Menjawat jawatan Pengarah Lembaga Pengawasan Syariah di beberapa bank Islam. Antaranya ialah Bank Al-Taqwa yang berpusat di Switzerland dan Bank Islam Qatar.
- Penasihat dalam Majalah Mua’asir, Islamiyyat Al-Ma’rifat dan Jurnal Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.
Anugerah-anugerah:
- Anugerah Ekonomi Islam daripada Islamic Development Bank.
- Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalm Bidang Pengkajian Islam.
- Anugerah Kecemerlangan Sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.
- Anugerah Sultan Hasan Al-Bulkiah Sultan Brunei dalam Bidang Fiqh pada tahun 1997.
- Anugerah Sultan Al-Uwais, Emeriat Arab Bersatu pada tahun 1999.
- Anugerah Antarabangsa Dubai pada tahun 2000.
Karya penulisan:
Ada yang memberitahu bahawa, Syeikh Al-Qaradawi menghabiskan 14 jam sehari diperpustakaan rumahnya untuk membaca dan menulis. Sehingga hari ini, lebih daripada 120 buah buku telah berjaya dihasilkan meliputi:
- Dalam bidang fiqah dan usul fiqh.
- Ekonomi Islam.
- Pemahaman Al-Quran dan Al-Hadith.
- Tauhid.
Di samping itu, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi telah mendapat banyak pengiktirafan oleh ulama dunia yang memuji ketokohan dan keilmuan mendalam yang dimilikinya.
“Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula.” – Syeikh Muhammad Al-Ghazali.
“Bukan semua orang seperti Al-Qaradawi yang dikurniakan Allah penguasaan dalam penulisan dan pidato.” – Syeikh Anwar Al-Jundi.
“Syeikh Al-Qaradaqi adalah tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang.” – Syeikh Mustafa Zarqa’.
Mengapa Syeikh Al-Qaradawi dimasukkan ke penjara?
Pesan dari Imam Syafie masih segar dalam ingatan agar kita umat akhir zaman ini lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin. Pemimpin yang benar-benar kerana Islam akan banyak dipanah oleh fitnah, disisih, dan dikeji. Imam empat mazhab seperti Imam Abu Hanifah (pernah dipenjara di era penguasa zaman Dinasti Abbasiyah dan Umayyah), Imam Malik (pernah dipenjara oleh gabenor Kota Madinah), Imam Syafie (pernah dipenjara oleh Harun Al-Rasyid), dan Imam Ahmad bin Hambal (pernah dipenjara oleh Khalifah Makmun).
Melihat pada pengalaman hidup Syeikh Al-Qaradawi, beliau sejak muda, usia 23 tahun (1949) sudah dimasukkan ke penjara oleh kerana menyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan Al-Banna. Malah sehingga pada tahun 1961, sudah tidak terkira berapa kali beliau dijerumuskan ke dalam jeriji besi itu hanya demi menyuarakan kebenaran Islam.
Beliau mungkin tewas dengan kekuasaan pemerintah zalim, tetapi beliau berjaya menjadi seorang ulama perintis kepada kebangkitan Islam sebenar. Tuduhan demi tuduhan dari para zionis, sekutu zionis, dan pemimpin Islam bertopengkan jiwa Yahudi ini sememangnya gentar dengan Sheikh Al-Qaradawi kerana mereka sedar pengaruh, semangat, jihad, dan kesolehan syeikh boleh membawa obor semangat intifadah umat Islam di seluruh pelosok dunia.
Kerana Qaradawi, penjara bertukar masjid dan dewan kuliah
Jiwa seorang ulama, walau dimana-mana sahaja beliau berada pasti akan ada memberi sinar cahaya kepada orang disekelilingnya hatta dalam kegelapan dan kesuraman penjara.
Dalam sebuah petikan program bual bicara bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ada menceritakan pengalaman beliau solat berjemaah ketika dalam tahanan di penjara Mesir beberapa tahun lalu.
Mereka membenarkan untuk kami menunaikan solat maghrib. Mereka memanggil kami dan kami pun menghiasi malam itu dengan solat.
Mereka berkata, “Mari sini kami benarkan kamu semua untuk solat maghrib secara berjemaah.”
Kemudian beberapa orang telah datang kepada aku dan membawa aku untuk solat maghrib. Ketika itu aku rasa ia merupakan solat maghrib yang terindah dalam hidup aku.
Mereka kata, “Ini adalah kali pertama kami merasai solat secara berjemaah.”
Hampir setiap waktu mereka menghukum kami di penjara sehingga kami tidak boleh menunaikan solat berjemaah. Mereka tidak mahu kami solat secara berjemaah. Mereka pun membenarkan kami untuk solat secara berjemaah di kawasan lapang penjara.
Aku solat bersama rakan-rakan berserta ayat terakhir daripada surah Ali-Imran.
لَتُبْلَوُنَّ فِيْٓ اَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْۗ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْٓا اَذًى كَثِيْرًا ۗ وَاِنْ تَصْبِرُوْا وَتَتَّقُوْا فَاِنَّ ذٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْاُمُوْرِ
Maksudnya : “Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak perkara yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 186)
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ اَنِّيْ لَآ اُضِيْعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنْكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ اَوْ اُنْثٰى ۚ بَعْضُكُمْ مِّنْۢ بَعْضٍ ۚ فَالَّذِيْنَ هَاجَرُوْا وَاُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاُوْذُوْا فِيْ سَبِيْلِيْ وَقٰتَلُوْا وَقُتِلُوْا لَاُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّاٰتِهِمْ وَلَاُدْخِلَنَّهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُۚ ثَوَابًا مِّنْ عِنْدِ اللّٰهِ ۗ وَاللّٰهُ عِنْدَهٗ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maksudnya: Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah (keturunan) dari sebagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik.” – (Surah Ali-Imran, ayat 195)
Ketika aku baca ayat ini, air mata aku mengalir sehingga sampai kepada ayat terakhir.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” – (Surah Ali-Imran, ayat 200)
Sehingga aku lihat kepada rakan-rakan, air mata mereka jatuh. Kemudian Sheikh Mokhtar yang merupakan motivator Azhar bangun dan diminta untuk bercakap.
Dia berkata, “Aku tidak mahu bercakap. Cukuplah bacaan tadi sudah memadai.”
Kemudian, solat seperti ini sudah tidak berulang lagi. Ketika itu merupakan saat terbinanya kekuatan rohani yang hebat. Ia tidak dibenarkan untuk diulang lagi buat kali yang kedua.
Sesungguhnya kehilangan permata cukup bernilai bagi seluruh umat Islam ini merupakan berita duka yang memberi kesedihan kepada semua. Walaupun Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia, namun segala jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa diingati sampai bila-bila.
Sumber: Kun Anta
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













